awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
Kerajaan komited perkukuh tadbir urus pendigitalan negara - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera, isteri ditahan rantai anak pada tong gas

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
06/10/2017
05:34 MYT
Anggota tentera, isteri ditahan rantai anak pada tong gas
Kanak-kanak 10 tahun dirantai pada tong gas oleh bapanya kerana enggan ke sekolah. - Foto Ihsan Pembaca AWANI.
Hanya kerana anaknya tidak mahu ke sekolah, seorang bapa bertindak kejam hingga sanggup mengikat kanak-kanak berusia 10 tahun itu pada tong gas, dengan menggunakan rantai, di sebuah rumah di Indera Mahkota, di sini, semalam.
Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit terbongkar selepas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan melakukan pemeriksaan di rumah tersebut selepas menerima maklumat kira-kira pukul 10 pagi.
Ekoran pemeriksaan yang dilakukan pasukan polis berjaya menyelamat mangsa serta menahan lelaki terbabit yang merupakan anggota tentera di Kem Batu 10, Jalan Gambang di sini bersama isterinya.
Difahamkan, mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika pemeriksaan, pihaknya cuba mengetuk pintu hadapan rumah itu namun tiada jawapan sebelum polis membuat pemeriksaan di tingkap belakang rumah.
"Hasil pemeriksaan dilakukan polis menemukan seorang kanak-kanak hanya memakai seluar berada dalam keadaan leher diikat pada tong gas dengan menggunakan rantai selain berkunci," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Tambah Abdul Aziz, polis terpaksa memecah masuk ke dalam rumah itu dan cuba mengejutkan mangsa namun kanak-kanak terbabit tidak sedarkan diri kerana pengsan.
Ujar beliau, pihaknya kemudian meminta bantuan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi membuat rawatan kepada mangsa.
"Siasatan awal mendapati, mangsa baru sehari iaitu kelmarin tidak ke sekolah menyebabkan bapanya bertindak di luar dugaan," katanya.
Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini di Lokap Balai Polis Kuantan manakala ibunya yang berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.
Topic Berkaitan
#anak
#dera
#kejam
#penderaan
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan