awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota TLDM di China bebas koronavirus

Farhana Joni
Farhana Joni
30/01/2020
03:32 MYT
Anggota TLDM di China bebas koronavirus
Tim projek Kapal Misi Pesisir (LMS) di Qidong, Shanghai, China disahkan oleh TLDM bebas daripada jangkita koronavirus. - Gambar SINAR HARIAN
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan tim projek Kapal Misi Pesisir (LMS) di Qidong, Shanghai, China bebas daripada jangkita koronavirus.
Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan media berkata, pihaknya sedang berusaha membawa pulang 15 pegawai dan anggota lain-lain pangkat ke tanah air dalam masa terdekat.
Menurut kenyataan itu, 15 orang berkenaan merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan warga TLDM yang terlibat secara langsung dengan projek Kapal Misi Pesisir (LMS) TLDM di China.
"Seramai 42 orang telah pulang ke Malaysia susulan cuti perayaan Tahun Baharu Cina sejak 17 Januari lalu," katanya hari ini.
Kenyataan media Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhubung anggota dan pegawai di Qudong, Shanghai, China.
Kenyataan media Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhubung anggota dan pegawai di Qudong, Shanghai, China.
Dalam kenyataan sama, TLDM berkata, pihaknya sentiasa melaksanakan pemantauan rapi dari semasa ke semasa.
"TLDM juga amat prihatin dengan kebajikan warga, khususnya daripada aspek kesihatan," kata kenyataan itu lagi.
Kerajaan Malaysia telah menandatangani Kontrak Perolehan empat buah LMS dengan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) yang dibina di Wuhan, China pada 23 Mac 2017.
Bagi tujuan pemantauan projek, TLDM menubuhkan Pasukan Projek LMS TLDM yang dianggotai 12 pegawai dan anggota lain-lain pangkat sejak 8 Julai 2017.
Seterusnya, TLDM menghantar 45 orang bakal warga Kapal LMS Kedua yang dinamakan Sundang ke Qidong, Shanghai, China bagi mengikuti latihan penyesuaian pada 5 November tahun lalu.
Sundang dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada pertengahan April ini.
Topic Berkaitan
#BNSSB
#China
#kerajaan malaysia
#keselamatan
#Kontrak Perolehan
#koronavirus
#LMS
#oustead Naval Shipyard Sdn Bhd
#tentera
#TLDM
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan