Tutup

Angin kencang, ribut petir dijangka landa lima negeri

Angin kencang, ribut petir dijangka landa lima negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Perak, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Perak, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam serta laut bergelora.

Manakala ombak mampu mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Beberapa kawasan di negeri tersebut dijangka akan mengalami keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.