MALAYSIA
Angka masih tinggi, 403 lagi individu ditahan ingkar PKP

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan angka berkenaan masih tinggi berbanding sebelum ini. - Gambar fail
Jumlah mereka yang ditahan semasa sekatan jalan raya seluruh negara kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) individu kepada 403 orang pada 6 April 2020.
Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan angka berkenaan masih tinggi berbanding sebelum ini.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 403 individu di sekatan jalanraya kerana melanggar PKP. Angka itu menurun berbanding 554 tangkapan pada hari sebelum ini.
"Namun walau turun tetapi jumlah 403 itu masih tinggi berbanding sebelumnya," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
PDRM bersama ATM telah melakukan sebanyak 763 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan melibatkan 443,160 kenderaan diperiksa.
"36,483 pemeriksaan mengejut diadakan dan sebanyak 4,571 premis diperiksa," tambahnya.
"Berita menggembirakan, kita mendapat laporan dari PDRM iaitu indeks jenayah seluruh negara sepanjang PKP dilaksanakan, menurun 70 peratus .
"Jadi kepada rakyat kita yang sentiasa beri komen di media sosial yang bimbang rumah mereka kosong dan takut jenayah meningkat. Jadi statistik ini menunjukkan selama PKPD ini, indeks jenayah menurun 70 peratus," tambah beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami