awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar sahkan surat arahan pensampelan COVID-19 di pangsapuri Cheras

Bernama
Bernama
02/06/2020
20:35 MYT
Annuar sahkan surat arahan pensampelan COVID-19 di pangsapuri Cheras
Annuar Musa sahkan ketulenan surat arahan berhubung aktiviti kawalan dan pensampelan COVID-19 ke atas penduduk sebuah pangsapuri.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengesahkan surat arahan berhubung aktiviti kawalan dan pensampelan COVID-19 ke atas penghuni Blok D Pangsapuri Segar Ria, Taman Bukit Segar, Cheras yang tular pada Isnin adalah tulen.
Beliau dalam ciapan Twitternya turut memuat naik salinan surat yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Cheras kepada Badan Pengurusan Bersama pangsapuri itu yang menyatakan bahawa terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan penghuni Blok D di pangsapuri berkenaan.
"Ada yang tanya adakah surat ini tulen, jawabnya ya, (penghuni Pangsapuri Segar Ria) pohon beri kerjasama," katanya dalam ciapan Twitter beliau.
Pada Isnin, tular di media sosial surat yang ditandatangani Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Cheras Datin Dr Noriah Hajib memaklumkan kepada penghuni terlibat bahawa aktiviti kawalan dan pensampelan COVID-19 akan dijalankan pada Selasa susulan kes positif yang dilaporkan itu.
Dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kluster baharu dikesan di sebuah pangsapuri di Cheras yang mempunyai enam kes iaitu tiga kes penghuni dan tiga di luar kawasan pangsapuri.
Katanya punca sebenar penularan kluster itu masih disiasat dan beliau tidak menolak kemungkinan berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung sebelum dan semasa Aidilfitri.
Dr Noor Hisham berkata selain tindakan pengesanan kes secara aktif, beberapa langkah kawalan penularan wabak di pangsapuri itu turut giat dijalankan seperti pengasingan kontak dan aktiviti persampelan, aktiviti nyahkuman dan nyahcemar serta hebahan pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Blok D Pangsapuri Segar Ria
#Cheras
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Menteri Wilayah Persekutuan
#Pejabat Kesihatan Cheras
#Taman Bukit Segar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan