Tutup

Antara besi buruk dan 'heart of gold', Tesco rai erti kemerdekaan

Antara besi buruk dan 'heart of gold', Tesco rai erti kemerdekaan
Hidup Zulhilmi di kota raya begitu susah sehingga beliau boleh dianggap sebagai manusia nomad, tanpa tempat berteduh yang sempurna sepertimana orang-orang lain yang lebih baik nasibnya. - Sumber foto YouTube Tesco
BERSATU teguh, bercerai roboh …

Ungkapan yang tepat untuk menunjukkan persefahaman dalam sesebuah masyarakat untuk menjayakan penyatuan kaum.

Ia juga gambaran mengenai rakyat Malaysia yang unik, dan datang dari pelbagai bangsa dan suku kaum, yang sentiasa mengamalkan sikap saling bertolak-ansur dan bersatu padu agar dapat hidup dalam keadaan harmoni.

Sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-62, Tesco melancarkan kempen untuk meraikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia untuk menghormati satu sama lain.

Ini kisah dua pekerja Tesco - yang berkongsi cerita dan pengalaman dalam meraikan erti kemerdekaan.

Mohd Zulhilmi Izzudin, 24 tahun, merupakan anak muda Kedah yang sangat berjiwa teguh.

Mohd Zulhilmi
Datang ke Kuala Lumpur hanya sehelai sepinggang, tetapi itu sama sekali tidak bermaksud beliau tidak mempunyai impian untuk menabur jasa kepada masyarakat, selagi hayat masih dikandung badan.

Namun kisahnya pada permulaan bukan sesuatu yang indah, sebaliknya penuh dengan dugaan dan jerih payah apabila terpaksa menjual besi-besi lama dan sudah buruk di Pasar Karat.



“Dulu orang anggap saya besi buruk tetapi saya tidak kisah pun sebab besi buruk pun ada nilai dan harga”, katanya.

Hidup Zulhilmi di kota raya begitu susah sehingga beliau boleh dianggap sebagai manusia nomad, tanpa tempat berteduh yang sempurna sepertimana orang-orang lain yang lebih baik nasibnya.

Namun, hidup beliau berubah apabila diberi peluang untuk menyertai kem bina semangat selama tiga bulan.

Di situlah, perlahan-lahan jati diri terbina, dan akhirnya beliau berjaya mendapat pekerjaan sepenuh masa di Tesco.
Dalam pada masa yang sama, keluarganya juga tidak pernah putus asa memberi semangat kepadanya untuk terus berusaha keras.

Seorang wanita yang rajin dan sentiasa memandang hidup dengan penuh positif - Mildred Rosaline Fletcher.

Sebelum bekerja di Tesco, Mildred pernah berkhidmat sebagai jururawat.



Mildred bagaikan memiliki “Heart of Gold” kerana beliau sangat gemar membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Mildred

Istimewanya, perkara itu membuatkannya berasa bahagia kerana dapat meringankan beban mereka walaupun ianya tidak seberapa.

Pertemuannya dengan seorang pengurus Tesco yang begitu mesra pelanggan mencetus minatnya untuk menyertai kru di pasar raya besar terkemuka berkenaan.

Imbasnya lagi, pengurus itu akan meninggalkan kerja yang dilakukannya itu tetapi akan terus memberi khidmat kepada orang lain yang memerlukannya.

“Kejadian itu memberi kesan kepada saya, saya ingin menjadi seperti itu, untuk selalu membantu mereka”, ujarnya.

Keutuhan negara banyak ditentukan oleh rakyat yang mempunyai kesepaduan yang sebenar.

Kemerdekaan bererti bebas, bukan hanya bebas dari segi dibelenggu penjajah tetapi bebas untuk meraikan semangat Malaysia melalui nilai-nilai murni yang kita miliki.