awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar angkat sumpah Isnin ini - Yang Dipertua Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
13/10/2018
21:41 MYT
Anwar angkat sumpah Isnin ini - Yang Dipertua Dewan Rakyat
Isnin ini akan berlangsung Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14. - Gambar fail
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson malam ini, akan mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat, Isnin ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff mengesahkan perkara itu kepada Bernama malam tadi.
"Ya, sudah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) pagi Isnin ini. Boleh disemak melalui Portal Parlimen," katanya menerusi sistem pesanan WhatsApp.
Menurut AUM, Isnin ini akan berlangsung Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14.
Pada PRK itu, Anwar, 71, memperoleh 31,016 undi, menewaskan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon Bebas; bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan (82 undi); bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230 undi); Lau Seck Yan (214 undi); personaliti media sosial Stevie Chan (337 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Anwar Ibrahim
#Aturan Urusan Mesyuarat
#Dewan Rakyat
#Mohamad Ariff Md Yusoff
#Parlimen
#pilihan raya kecil
#PRK Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan