Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk semakan keputusan majoriti oleh Mahkamah Persekutuan yang enggan menjawab persoalan perlembagaan yang dikemukakannya berkaitan kesahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dalam permohonan yang difailkan bulan lepas melalui tetuan Chambers Leela J, Anwar mendakwa wujud ketidakadilan yang serius berikutan keputusan mahkamah yang enggan menjawab persoalan perlembagaannya.
Beliau berkata kerajaan selaku responden dalam kes itu, telah membuat keputusan bahawa prosiding sivilnya di Mahkamah Tinggi harus dibatalkan tanpa perlu didengar.
Dalam notis usulnya Anwar berkata terdapat juga pelanggaran rukun keadilan semula jadi yang serius kerana beliau tidak diberi hak untuk didengar berhubung isu itu sama ada persoalan perlembagaan yang dibangkitkan adalah abstrak, akademik atau hipotesis.
Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata majoriti membuat keputusan berdasarkan isu yang tidak pernah dibangkitkan oleh kerajaan.
Anwar memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan majoriti itu dan mahu mahkamah mengeluarkan perintah yang wajar dan adil.
Pada 11 Feb, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 5-2 enggan menjawab persoalan perlembagaan yang dibangkitkan Anwar mengenai MKN.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan yang menyampaikan keputusan majoriti itu berkata ia tidak menunjukkan bahawa kewujudan MKN telah mengganggu kehidupan peribadi Anwar.
Beliau memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak Wah (sekarang telah bersara) yang dalam kumpulan minoriti memutuskan MKN adalah tidak berperlembagaan kerana ia tidak digubal mengikut keperluan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Anwar memfailkan saman pemula pada 2016 untuk mencabar perlembagaan MKN, apabila mendakwa pelaksanaannya adalah tidak berperlembagaan. Beliau menamakan MKN dan kerajaan selaku defendan.
Pada 14 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anwar di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan perlembagaan.
Selain hakim Nallini, hakim lain yang membuat keputusan majoriti adalah Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim (sekarang Hakim Besar Sabah dan Sarawak) serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun (sekarang Peguam Negara).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 07 2020
Anwar memfailkan saman pemula pada 2016 untuk mencabar perlembagaan MKN, apabila mendakwa pelaksanaannya adalah tidak berperlembagaan. - Gambar fail
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Ahli Parlimen, masyarakat sivil beri input pindaan Akta MKN - Anwar
Anwar Ibrahim berkata selain pandangan Ahli-Ahli Parlimen, cadangan kepada pindaan Akta MKN itu akan merangkumi pandangan daripada masyarakat sivil.
Saman Anwar untuk cabar Akta MKN ditolak
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh.