awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar hadir beri keterangan dalam kes saman terhadap Anifah

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2015
04:28 MYT
Anwar hadir beri keterangan dalam kes saman terhadap Anifah
Anwar kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung saman fitnah yang difailkan terhadap Anifah. -Gambar fail
Seminggu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang itu kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini untuk memberi keterangan berhubung saman fitnah yang difailkan terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Peguam Anwar, Latheefa Koya dipetik sebagai berkata dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider, bahawa suatu perintah telah diperoleh agar pihak penjara Sungai Buloh membawa Anwar ke mahkamah.
Ikuti lapor langsung kami di sini:
8:45 pagi: Pintu utama Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dilihat masih kosong dengan beberapa anggota polis mengawal premis itu. Anwar Ibrahim masih belum tiba di mahkamah.
Pagar utama Kompleks Mahkamah Jalan Duta dikawal ketat; media menanti ketibaan DS Anwar Ibrahim. pic.twitter.com/d4OQkaSMYq
— syaf (@syafique) February 17, 2015
Pagar utama Kompleks Mahkamah Jalan Duta dikawal ketat; media menanti ketibaan DS Anwar Ibrahim @501Awani pic.twitter.com/WqqcsPN4uF
— syaf (@syafique) February 17, 2015
8:55 pagi: Wartawan dan jurugambar perlahan-lahan memenuhi kompleks Mahkamah untuk menyaksikan prosiding. Pada masa ini, 24 kakitangan media dilihat berada di premis itu. Tiada tanda-tanda kehadiran penyokong Anwar di sekitar mahkamah.
Ada 24 wartawan/jurugambar menanti di luar mahkamah. Penyokong Anwar Ibrahim belum tiba. @501Awani pic.twitter.com/G7cILFQEwJ
— syaf (@syafique) February 17, 2015
9:00 pagi: Anwar tiba di Mahkamah Tinggi dari penjara Sungai Buloh, Selangor. Beliau kelihatan gembira dapat berjumpa dan memeluk beberapa kenalan dan ahli keluarganya. Isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail menghantar gambar Anwar yang tersenyum walaupun agak lemah di Facebooknya.
DS @anwaribrahim di Mahkamah Jalan Duta #KitaLawan pic.twitter.com/D10clImURB
— Nik Nazmi (@niknazmi) February 17, 2015
9:25 pagi: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sempat berbual dengan Anwar. Mohamed Azmin kemudiannya dipetik sebagai berkata, 'semangatnya tinggi dan kuat, dia hanya mengadu tentang lokapnya yang ‘teruk.'
"Yang kita minta adalah barang-barang asas. Ini sedang diuruskan oleh pihak peguam supaya penjara dapat memberikan kemudahan-kemudahan asas.
"Beliau tiada kerusi dan meja dan beliau membaca buku di atas lantai. Beliau tidur pun di atas tilam satu inci," kata Mohamed Azmin kepada pemberita.
Azmin Ali sempat bertemu DSAI. "Semangat beliau amat tinggi & kuat, cuma mengadu keadaan 'cell' agak uzur" @501Awani pic.twitter.com/GvX8i9DdY5
— syaf (@syafique) February 17, 2015
10.15 pagi: Kalangan penyokong Anwar mula kelihatan di pekarangan kompleks mahkamah. Turut kelihatan 'Aunty Bersih' yang melaungkan kata-kata menyokong Anwar.
Antara penyokong DSAI yang menanti di pagar utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur @501Awani pic.twitter.com/k56SGpkT9D
— syaf (@syafique) February 17, 2015
Seorang penyokong DSAI melaungkan "Bebaskan Anwar. Anwar will not surrender." @501Awani pic.twitter.com/QDpKU3jCri
— syaf (@syafique) February 17, 2015
10.50 pagi: Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah mula meninggalkan kawasan mahkamah.
Datin Seri Wan Azizah, Nurul Izzah dan ahli keluarga yang lain meninggalkan kawasan mahkamah @501Awani pic.twitter.com/EJJ3grViOK
— syaf (@syafique) February 17, 2015
11.00 pagi: Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ditemu bual media. Menurutnya Anwar tidak menerima layanan istimewa di dalam penjara.
"Keadaan di penjara tidak memuaskan dan Anwar tidak menerima layanan VVIP" - Tian Chua @501Awani pic.twitter.com/kGQRGNOKrq
— syaf (@syafique) February 17, 2015
"Keadaan di dalam penjara bukan VVIP seperti yang diuar-uarkan oleh cybertrooper UMNO sebelum ini.
"Keadaan ‘cell’ kurang memuaskan. Terdapat banyak nyamuk dan pihak penjara tidak beri ‘spray’ nyamuk kerana ia mempunyai aerosol iaitu racun.
"Keadaan penjara tidak ada kerusi dan meja, Cuma ada tilam satu inci," kata Tian Chua kepada pemberita.
Tambah Tian Chua, Anwar tetap bersemangat tinggi.
"Kita yang di luar ini harus lebih bersemangat," tambahnya.
11.15 pagi: Keadaan bersurai dengan wakil media dan penyokong Anwar keluar dari pekarangan mahkamah.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Anwar Ibrahim
#Jalan Duta
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan