Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh pada 16 Mac lalu sebaik sahaja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohonnya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata surat memaklumkan keputusan petisyen pengampunan diraja itu diterima hari ini.
Beliau berkata petisyen pengampunan bagi Anwar diputuskan dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu bahawa hukuman penjara bagi tempoh lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar atas kesalahan liwat hendaklah diteruskan.
"Dengan keputusan ini, makanya Yang Berhormat Permatang Pauh telah hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac 2015 iaitu sebaik sahaja petisyen bagi suatu pengampunan itu diputuskan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Justeru, katanya, suatu pemberitahuan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja kehilangan kelayakan Anwar sebagai Anggota Parlimen mula berkuat kuasa mengikut Perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu.
Pada 24 Februari lepas, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Astro Awani
Wed Apr 01 2015
Anwar telah hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac 2015 iaitu sebaik sahaja petisyen bagi suatu pengampunan itu diputuskan.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
Perdana Menteri bukti kesungguhan hargai sumbangan penjawat awam - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri itu juga pasti mengejutkan penjawat awam kerana ia merupakan antara kenaikan terbesar dalam sejarah pentadbiran awam negara.
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
Sempena Hari Pekerja, PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Sektor swasta perlu ikut langkah kerajaan naik gaji pekerja - PM Anwar
Anwar menasihatkan sektor swasta untuk mengikut langkah yang sama dibuat kerajaan bagi menaikkan gaji pekerja mereka.
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.