Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Shukri Saad, perisytiharan itu adalah seperti diminta kerajaan untuk semua anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Jumlah itu termasuk anggaran nilai semasa RM9.5 juta bagi rumah milik Anwar yang juga Presiden PKR di Bukit Segambut di sini.

Kediaman itu pada mulanya dibeli pada harga RM4.5 juta hasil daripada jualan rumah di Bukit Damansara pada 2005.


Turut diisytiharkan ialah sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada tahun 1974 dengan harga RM7,000 yang mana nilai anggaran terkini tanah tersebut adalah RM420,000.

"Harta selebihnya adalah dari akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan yang berjumlah RM828,658.83.

"Justeru dengan ini dimuktamadkan bahawa jumlah harta milik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bernilai RM10,748,658.83," katanya.

Kenyataan media perisytiharan harta Datuk Seri Anwar Ibrahim.