awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar jangka ganti Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekitar Mei 2020

Luqman Hariz
Luqman Hariz
18/09/2019
06:20 MYT
Anwar jangka ganti Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekitar Mei 2020
Anwar berkata, wujud kesefahaman bahawa beliau akan diangkat menjadi Perdana Menteri sekitar Mei 2020. - Foto Media PKR
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020.
Dalam satu temubual bersama Bloomberg, Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.
“Ada kesefahaman bahawa ianya akan berlaku sekitar waktu itu, tetapi saya fikir saya tak perlu terlampau cerewet bulan berapa,” katanya.
Anwar menambah, kesefahaman yang telah dipersetujui secara konsensus adalah Tun Dr Mahathir Mohamad akan meletakkan jawatan dan beliau akan mengambil alih selaku Perdana Menteri ke-8.
Sebelum ini, sebagai sebahagian persetujuan sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 pada Mei 2018, Dr Mahathir memberikan komitmen bahawa beliau akan memegang jawatan nombor satu negara itu hanya sekitar dua tahun.
Anwar turut menafikan dakwaan wujud konspirasi untuk mengangkat Timbalan Presiden PKR dan Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali atau Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.
“Tiada tanda-tanda ada pihak yang mahu promosi atau melobi nama lain (untuk jawatan Perdana Menteri). “Bagaimana, ini tidak akan menghalang sesetengah individu tertentu yang mempunyai cita-cita tersendiri.
“Tetapi pada saya ini tidak relevan. Sama ada ianya telah dibincang, atau telah disahkan sahih, apa pun, jawapannya tidak,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Mahathir Mohamad
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan