Tutup

Anwar jawab isu pengunduran Tun Mahathir

Anwar jawab isu pengunduran Tun Mahathir
ANWAR: Sebaiknya ia dibuat dengan cara baik. - Astro AWANI
MEMBAKUT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri perlu dilakukan mengikut cara yang betul.

Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau tidak bersetuju sekiranya peralihan kuasa dilakukan secara tidak teratur.

“Sepertimana saya ulang, ia harus diadakan dengan baik Tun Mahathir banyak pengalaman, jasa dan ada muafakat kita dan janji kita.

“Jadi, sebaiknya ia dibuat dengan cara baik. Saya tidak setuju jika proses itu tidak cara aman dan teratur,” katanya kepada pemberita, di sini sebentar tadi.
BACA: Kalau Majlis Presiden PH nak saya pergi, saya akan pergi - Dr Mahathir 

Pada Isnin, beberapa ahli PKR dilaporkan menggesa agar dipercepatkan peralihan kuasa Perdana Menteri pada Mei ini, bagi memberi lebih masa kepada Anwar untuk melaksanakan reformasi pentadbiran negara.
Mengulas mengenai gesaan itu, Anwar berkata, perkara itu perlu dibincangkan memandangkan mereka perlu memahami apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

“Mereka komited untuk memahami apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan saya fikir ia akan diselesaikan dengan baik dalam Majlis (Presiden) PH.

“Malah, saya fikir Tun Mahathir akan melakukannya sendiri bagi mengelakkan ia menjadi buruk,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir memaklumkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri akan ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Katanya, beliau akur sekiranya Majlis Presiden PH mencapai persetujuan untuk beliau berundur.


Tag: anwar ibrahim, mahathir mohamad, politik, pengunduran mahathir, perdana menteri, malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.