Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersetuju dengan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, beliau berkata penahanan berkenaan tidak seharusnya dibuat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) yang disifatkannya sebagai terlalu keras.
"Kami telah menentang akta ini sejak awal namun sebenarnya jika ia berkaitan dengan keganasan saya menyokong tindakan polis, ia tidak terhad kepada tindakan terhadap LTTE tetapi semua yang membabitkan keganasan.
"Ini yang orang bangkitkan sekarang terhadap PKR (mengapa PKR tidak bantah guna SOSMA), mana-mana negara sudah pasti akan mengekang isu berkaitan keganasan dan kita juga patut serahkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan bagi menangani isu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen PKR Pulau Pinang di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang membantah polis menggunakan SOSMA dalam penahanan 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP kerana disyaki mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak, mencari dana dan memiliki item berkaitan LTTE.
Kesemua mereka ditahan dalam beberapa operasi khas berasingan yang dijalankan oleh Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman sejak Khamis lalu.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, menafikan bahawa beberapa bekas ahli PKR turut ditahan berkaitan LTTE sejak minggu lepas.
"Saya tidak menerima sebarang laporan yang ada sekarang atau bekas ahli PKR yang terlibat atau ditangkap oleh E8 PDRM," katanya ditanya mengenai khabar angin bahawa empat bekas anggota PKR adalah antara mereka yang ditahan dalam operasi berterusan oleh polis.
Dalam perkembangan lain, Anwar, yang juga Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir urus Parlimen, berkata Belanjawan 2020 kurang memberi fokus kepada industri pertanian sedangkan ia adalah antara industri penting bagi negara.
Menurutnya, industri pertanian juga memerlukan belanjawan khusus supaya ia dapat ditingkatkan kerana setiap tahun negara mengimport RM52 bilion hasil pertanian dari luar.
BACA: Tangkapan LTTE: Polis ikut peruntukan undang-undang - Tun M
BACA: "Sebab DAP kita perlu henti siasatan?" - Ayob Khan nafi kenyataan Lim Guan Eng
Bernama
Sun Oct 13 2019
ANWAR: Kami telah menentang akta ini sejak awal namun sebenarnya jika ia berkaitan dengan keganasan saya menyokong tindakan polis. - Gambar fail
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Kerajaan komited tambah baik SOSMA - Muhyiddin
Keputusan itu merupakan pendirian tetap Pakatan Harapan, dan telah pun dimaklumkan dalam sidang Parlimen beberapa kali sebelum ini.
SOSMA menafikan hak perbicaraan adil bagi tertuduh
Perbincangan umum mengenai SOSMA ini tidak banyak menyentuh pada kesan SOSMA apabila seseorang tertuduh itu dituduh di Mahkamah dengan mana-mana kesalahan keselamatan.
Tahanan Sosma maut dalam lokap
Lelaki itu ditemukan pengsan di dalam sebuah sel di lokap berkenaan oleh anggota bertugas yang kemudiannya terus membawa mangsa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.