awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu
5 negara mulakan tugas sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
2 maut gempa bumi di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar tidak dapat maafkan Yusoff Rawther

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/01/2020
14:29 MYT
Anwar tidak dapat maafkan Yusoff Rawther
Anwar dalam kemas kini di laman Twitter pada Selasa menyifatkan tuduhan berkaitan Muhammed Yusoff sebagai jelik dan satu penghinaan.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak dapat memaafkan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther yang menuduhnya melakukan serangan seksual.
"Saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya," kata Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam akaun Twitter peribadinya pada Selasa.
Kenyataan Anwar itu merujuk pada dakwaan Muhammed Yusuf yang sebelum ini turut membuat akuan bersumpah mendakwa dia berdepan serangan seksual di sebuah kediaman di Segambut, pada 2 Oktober tahun lepas.
Dalam masa sama, Anwar berkata, beliau akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Muhammed Yusoff.
Reaksi Anwar itu dibuat susulan keputusan Pejabat Peguam Negara tidak akan membuat pendakwaan atas dakwaan serangan seksual terhadap Muhammed Yusoff.
“Ya saya (sudah) keluarkan kenyataan berkenaan (berhubung kenyataan Jabatan Peguam Negara) dan saya terus saman,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kampung Pimping, di sini, Selasa malam.
Anwar dalam masa sama menzahirkan penghargaan terhadap keputusan itu, selain ia menunjukkan tahap profesionalisme pihak berkuasa dalam menyiasat perkara tersebut.
Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek menerusi kenyataan berkata, pihaknya mendapati terdapat percanggahan fakta yang material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atau mana-mana seksyen lain di bawah kanun sama.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#dakwaan
#Jabatan Peguam Negara
#muhammed yusoff rawther
#serangan seksual
#tindakan undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan