awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa agenda pertemuan Najib Razak, Syed Saddiq?

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/07/2019
07:46 MYT
Apa agenda pertemuan Najib Razak, Syed Saddiq?
Syed Saddiq dan Najib Razak mengadakan perbincangan yang serius di Parlimen pada Khamis.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memohon pengecualian hadir prosiding mahkamah untuk hadir ke Dewan Rakyat pada 16 dan 17 Julai ini.
Permohonan itu bagi membolehkan beliau hadir ke Dewan Rakyat bagi membahas dan mengundi bagi pindaan Perlembagaan bertujuan menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa, Peguam Negara (AG), Tommy Thomas secara pra-matang menolak permohonannya Isnin lalu, dengan mendakwa menjadi haknya untuk hadir sidang Parlimen selaku penggubal undang-undang yang dipilih.
“Walaupun keputusan ditangan hakim, tapi AG pada peringkat awal telah membantahnya. Saya fikir sekiranya AG tidak menolak, jadi tidak ada alasan untuk menafikan hak saya sebagai Aahli Parlimen.
“Selain itu, pindaan Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, sekali gus memerlukan setiap Ahli Parlimen hadir, tidak kira sama ada mereka menyokong atau menolak,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan ringkas dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung pindaan Perlembagaan tersebut.
Pertemuan kedua-dua individu tersebut yang berlangsung hampir 10 minit, turut membincangkan beberapa isu politik semasa.
“Perjumpaan yang positif, kami berdua bersetuju bahawa politik Malaysia sepatutnya melangkaui isu peribadi, membunuh karakter dan sebagainya.
“Kita boleh tidak bersetuju dengan isu atau polisi dan itu yang sepatutnya politik di Malaysia,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Pekan
#Apa agenda pertemuan Najib Razak Syed Saddiq
#Dewan Rakyat
#Menteri Belia dan Sukan
#Najib Razak
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan