awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa bukti Adib dilanggar? - KP JBPM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/11/2018
11:00 MYT
Apa bukti Adib dilanggar? - KP JBPM
Video yang tular itu memaparkan anggota bomba yang lain, dan bukan Mohd Adib, kata Mohammad Hamdan. -Gambar fail
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mempersoal kenyataan yang dikeluarkan pihak Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman yang mendakwa Mohd Adib Mohd Kassim dirempuh jentera jabatan itu.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Mohd Adib dilanggar.
Jelasnya, video yang tular itu memaparkan anggota bomba yang lain, dan bukan Mohd Adib.
“Dia ada bukti ke yang menyatakan Mohd Adib dilanggar?
“Dia tunjuk video ini? Yang berdiri ini bukan Adib, yang berdiri ini adalah Hazim,” katanya pada sidang media khas di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
BACA: Anggota bomba cedera akibat kemalangan - Badan bertindak kuil
BACA: Muhammad Adib dilanggar jentera bomba sedang mengundur, bukan diserang 'perusuh'?
Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan itu menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.
“Saya ingin menyatakan di sini bahawa perkara ini masih dalam siasatan polis. Saya tidak berani campur adukkan kenyataan yang dibuat ini dengan kenyataan-kenyataan lain yang sudah tentu boleh menjejaskan siasatan.
“Saya nak nyatakan di sini, jangan membuat kenyataan yang tidak berasas, yang tidak betul dan yang mana kita ini tidak terlibat dalam apa-apa putaran atau kitaran politik yang sedang berjalan disebabkan oleh mereka ini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Hazim
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Ketua Pengarah JBPM
#kuil sri maha mariamman
#Mohammad Hamdan Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan