awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa lagi anda perlu tahu tentang COVID-19?

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
19/03/2020
04:44 MYT
Apa lagi anda perlu tahu tentang COVID-19?
Fakta yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk perkongsian tentang COVID-19. - Gambar Astro AWANI.
PELBAGAI mitos tentang pandemik COVID-19 yang sering kita baca menerusi perkongsian ramai terutamanya di laman media sosial.
Jadi apa kata kita kongsi fakta tentang mitos COVID-19 agar anda di luar sana tidak ‘termakan’ dengan maklumat palsu yang kemudiannya boleh memudaratkan diri.
Astro AWANI kongsikan fakta yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
1. COVID-19 tidak boleh dipindahkan melalui gigitan nyamuk
COVID-19 dikategorikan sebagai virus respiratori, jadi ia hanya boleh berjangkit menerusi titisan air atau cecair yang disebarkan menerusi batuk atau bersin atau lendir yang keluar daripada hidung. Untuk perlindungan diri, kerap mencuci tangan menggunakan cecair berasaskan alkohol atau air dan sabun.
2. Cuaca sejuk dan salji tidak boleh membunuh virus COVID-19
Tiada keterangan sahih bahawa cuaca sejuk boleh membunuh koronavirus atau penyakit lain sedangkan suhu normal badan manusia perlu berada antara 36.5 sehingga 37 darjah Celcius.
BACA SEMUA ANDA PERLU TAHU MENGENAI COVID-19
3. Pengering tangan tidak boleh membunuh koronavirus
Pengering tangan tidak boleh membunuh COVID-19. Untuk perlindungan diri, kerap mencuci tangan menggunakan cecair berasaskan alkohol atau air dan sabun. Keringkan tangan anda menggunakan tisu atau alat pengering tangan.
4. Lampu ultraviolet (UV) tidak boleh membunuh koronavirus
Lampu UV tidak sepatutnya digunakan untuk sterilkan tangan atau mana-mana bahagian kulit manusia kerana ia boleh menyebabkan iritasi atau gatal-gatal pada kulit.
5. Menyembur alkohol atau klorin pada seluruh badan tidak boleh membunuh koronavirus.
Dengan menyembur alkohol atau klorin pada badan tidak akan membunuh virus yang sudah berada di dalam badan. Ia sebaliknya boleh mendatangkan mudarat kepada mata dan mulut. Benar kedua-dua bahan itu boleh digunakan sebagai disinfeksi, tetapi perlu mengikut peraturan yang dibenarkan.
6. Adakah vaksin pneumonia boleh melindungi manusia daripada koronavirus?
Tidak. Vaksin pnemumonia seperti vaksin pneumokokal dan Haemophilus influenza jenis B (Hib) tidak boleh melindungi manusia daripada koronavirus.
COVID-19 merupakan virus baharu dan ia memerlukan vaksin yang tersendiri. Bagaimanapun ia boleh digunakan untuk penyakit respiratori.
7. Adakah air larutan garam mampu menghalang koronavirus?
Tidak. Tiada bukti bahawa penggunaan larutan air garam untuk membersihkan hidung mampu melindungi seseorang daripada koronavirus. Terdapat bukti bahawa membersihkan hidung menggunakan air larutan garam boleh menyembuhkan selesema seseorang.
Bagaimanapun, kekerapan berbuat sedemikian belum pernah dibuktikan mampu melindungi jangkitan penyakit respiratori.
8. Adakah antibiotik berkesan dalam melindungi dan merawat koronavirus?
Tidak. Antibiotik tidak berkesan ke atas virus, hanya pada bakteria. COVID-19 merupakan sejenis virus, jadi antibiotik tidak sepatutnya digunakan sebagai alternatif rawatan atau pencegahan. Bagaimanapun, jika ada ditahan di hospital kerana COVID-19, anda akan diberi antibiotik kerana anda berkemungkinan mempunyai jangkitan bakteria.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#COVID-19
#fakta
#kesihatan
#koronavirus
#media sosial
#mitos
#Semak Fakta
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan