Tutup

'Apa sibuk-sibuk nak siasat?'

'Apa sibuk-sibuk nak siasat?'
Syed Hussin Ali persoal kritikan masyarakat terhadap kehadirannya pada perhimpunan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) baru-baru ini. - Gambar SINAR HARIAN
SHAH ALAM: Veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussin Ali mempersoalkan kritikan masyarakat terhadap kehadirannya pada perhimpunan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang baru-baru ini.

Syed Hussin berkata, perhimpunan itu dianjurkan setiap tahun untuk Memperingati Ulang Tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai.

"Perhimpunan itu untuk memperingati perjanjian perdamaian. Apa salahnya pergi untuk tengok?

"Apa sibuk-sibuk nak siasat dan sebagainya kalau benda tu hanya untuk perdamaian? Tak nak perdamaian?" katanya kepada Sinar Harian semalam.
Syed Hussin berkata, kehadirannya adalah berdasarkan jemputan dan beliau tidak berucap pada perhimpunan tersebut.

"Ia memperingati perjanjian perdamaian dan saya rasa itu perjanjian yang baik kerana membawa perdamaian," katanya.
Ahad lalu, media melaporkan kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dipercayai melibatkan bekas ahli PKM bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989.

Berikutan itu, semalam Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan polis segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan tersebut.



Tag: Syed Hussin Ali, Parti Keadilan Rakyat, veteran, Parti Komunis Malaya, Perjanjian Damai Hat Yai



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.