Ramai yang skeptikal dengan kelancaran penganjuran perhimpunan Bersih 4.

Di sebalik janji penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bahawa demonstrasi ini adalah perhimpunan aman, ramai pada mulanya bimbang ia akan berubah jadi menjadi protes ganas.

Sepanjang hari pertama pada Sabtu, perjalanan Bersih 4 disifatkan lancar.

Peserta berhimpun di tempat berkumpul yang sudah ditentukan, kemudian berarak secara teratur. Trafik dilaporkan lancar di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan pihak berkuasa berupaya mengawal peserta sepanjang hari pertama perhimpunan terbabit.

Walaubagaimanapun, aliran trafik di sekitar jalan-jalan menghala ke Dataran Merdeka diaporkan mengalami kesesakan kerana penyokong-penyokong beramai-ramai berarak ke arah kawasan 'checkpoint' perhimpunan itu, semalam.

BACA: [LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Perhimpunan masuk hari kedua


Namun, janji penganjur bahawa Bersih 4 bebas unsur politik hanya tinggal janji kosong semata-mata. Apatah lagi apabila pemimpin pembangkang "merampas" perhimpunan ini untuk membawakan agenda politik mereka semasa sesi ucapan mereka.

Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu serta Dr Mohd Hatta Ramli.

Bagaimanapun, kemuncak perhimpunan yang diisytihar haram itu bukan semasa ucapan pemimpin pembangkang, tetapi semasa kehadiran'mengejut' bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang menjadi momen utama sepanjang hari pertama perhimpunan Bersih 4.

Walaupun dikawal ketat, kehadiran mereka berdua selama 20 minit itu berfungsi sebagai "game-changer" kepada perhimpunan berkenaan. Suara teriakan hingar bingar peserta perhimpunan yang terkejut dan gembira dengan kehadiran ahli politik veteran politik itu.

Pada ketika pemimpin UMNO amat tegas membantah penganjuran Bersih 4, pada masa itu jugalah Dr Mahathir lantang mengkritik kepimpinan UMNO.

Solat, senaman, nyanyian dan tarian serta ucapan oleh jawatankuasa Bersih 2.0 akan memulakan hari kedua perhimpunan, hari ini.

Namun, sukar untuk menganggarkan jumlah penyertaan, sama ada akan bertambah atau berkurang, serta sebab disebalik perubahan angka jumlah peserta.

Biar kita tunggu dan lihat ...