awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa yang terjadi disebabkan perbezaan politik - Musa Aman

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
09/06/2020
03:29 MYT
Apa yang terjadi disebabkan perbezaan politik - Musa Aman
Musa Aman melahirkan rasa kesyukuran susulan keputusan mahkamah membebaskan beliau daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah. -Gambar fail
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman melahirkan rasa kesyukuran susulan keputusan mahkamah membebaskan beliau daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.
Jelas beliau, permohonan untuk membatalkan pendakwaan telah difailkan awal tahun ini dibuat dengan teliti serta disokong keterangan dan dokumen bukti yang jelas dan nyata yang tidak dapat dipertikaikan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya dengan izin Tuhan saya diberikan keadilan untuk membersihkan segala tuduhan yang sekian lama dibuat ke atas diri saya.
"Terima kasih kepada barisan peguam saya bersama pembantu mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cukup baik dan berdedikasi sepanjang tempoh ini.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada badan pendakwaan dan badan kehakiman negara terutamanya mereka yang telah bertindak secara objektif, profesional, berkecuali dan tanpa prejudis didalam menilai fakta kes ini sejak dua tahun yang lalu," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi pada Selasa melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.
Musa Aman bebas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.
Mengulas lanjut, ADUN Sungai Sibuga itu juga berkata apa yang telah berlaku kepada beliau dan keluarga, biarpun dilihat terjadi kerana perbezaan politik ia dianggap sebagai ujian dan dugaan buat keluarganya.
"Tidak lupa para sahabat jauh dan dekat serta rakan seperjuangan yang membantu secara langsung dan tidak langsung dan juga rakan media yang telah memberi saya benefit of the doubt sepanjang liputan kes ini.
"Sempena bulan baik lagi mulia ini marilah kita saling bermaafan dan berdoa moga mendapat rahmat Tuhan serta diberikan kekuatan menghadapi ujian pandemik COVID-19 ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#dokumen bukti
#keluarga
#keterangan
#Ketua Menteri
#Ketua Menteri Sabah
#mahkamah
#Musa Aman
#politik
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan