Api marak lori terbakar di lebuh raya, laluan Slim River-Sungkai ditutup

Api marak lori terbakar di lebuh raya, laluan Slim River-Sungkai ditutup
Video yang dikongsi pengguna lebuh raya menunjukkan kemalangan yang melibatkan dua buah lori minyak. - Astro AWANI
IPOH: Laluan arah utara selepas hentian rehat Behrang ditutup sementara susulan kebakaran lori minyak di KM372, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pagi ini.

Menurut laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.51 pagi.

Setibanya di tempat kejadian, iaitu kira-kira 50 meter selepas Plaza Tol Slim River, bomba mendapati dua buah lori yang terlibat dalam kemalangan sedang terbakar.
Setakat ini, difahamkan terdapat seorang mangsa yang terlibat.

Operasi pemadaman dan menyelamat melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Tapah dan Bidor.



Menurut laporan Bernama yang memetik jurucakap PLUS, laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai ditutup sepenuhnya susulan kejadian itu.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang mahu ke utara dinasihati menggunakan laluan alternatif sebelum sampai ke Slim River.