Kerajaan negeri Johor mengambil inisiatif dalam mencegah penularan COVID-19 dengan melancarkan aplikasi 'Jejak Johor' bagi membantu pengesanan kontak.
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata aplikasi Jejak Johor membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memperoleh rekod kontak pengguna dan memaklumkan kepada mereka dengan kadar segera sekiranya terdapat risiko jangkitan COVID-19.
Katanya, aplikasi yang dibangunkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu menggunakan gabungan teknologi pengecaman dan platform analisis data Iskandar Malaysia Urban Observatory COVID-19 Crisis (IMUOCC).
Aplikasi itu menggunakan gelombang 'bluetooth' telefon pintar untuk mengenal pasti kontak antara pengguna aplikasi dalam jarak satu meter.
Beliau berkata pelancaran aplikasi berkenaan sejajar dengan pengumuman kerajaan kini yang membenarkan lebih banyak sektor kerajaan dan swasta beroperasi menyebabkan lebih ramai mula bekerja atau berurusan di luar.
"Justeru, adalah penting untuk kita bukan sahaja terus memantau penularan COVID-19, malah perlu mengambil langkah lebih proaktif dengan membuat analisis bagi pengecaman awal penularan di kawasan atau kluster tertentu dalam masa terdekat ini," katanya.
Hasni berkata pengguna hanya akan dikenali menerusi satu identiti atau ID unik, selain hanya nombor telefon berdaftar pengguna disimpan dalam aplikasi berkenaan supaya mudah dihubungi oleh JKNJ untuk penghantaran notifikasi.
Malah menurutnya, hanya JKNJ dan Jawantankuasa Khas Keselamatan Negeri Johor sahaja yang boleh menggunakan platform itu untuk menganalisis data pesakit positif, kontak rapat dan pesakit dalam siasatan COVID-19, untuk membolehkan kerajaan mengambil langkah segera menangani wabak tersebut.
"Sistem ini juga akan menghasilkan analisis kaitan antara pesakit positif, kontak rapat dan pesakit dalam siasatan COVID-19 untuk mengenal pasti kluster jangkitan.
"Dengan mengenal pasti hubung kait antara mereka, pihak berkuasa akan dapat menjangkakan kawasan yang berpotensi untuk menjadi sasaran penularan seterusnya, sekali gus boleh mengambil tindakan pencegahan awal yang sewajarnya," katanya.
Aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan bagi Apple Store pula boleh dimuat turun dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 21 2020
Aplikasi Jejak Johor JKNJ memperoleh rekod kontak pengguna dan memaklumkan kepada mereka dengan segera jika berisiko jangkitan COVID-19. -Bernama
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Apple dilapor hentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana isu kualiti
FineWoven menggantikan aksesori kulit yang dilihat sebagai tidak lestari dan oleh itu tidak selari dengan sasaran syarikat yang ingin mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Apple dilapor sedang bangunkan model bahasa raya untuk peranti
Laporan berkenaan hal ini telah hadir beberapa kali sebelum ini, membuatkan Apple seperti kelihatan agak tertinggal dalam arena berkenaan.
Apple dijangka hadir dengan cip Apple M4 memfokuskan AI tahun ini
Apple dijangka memperkenalkan cip berkenaan pada tahun ini, melalui kemas kini untuk model iMac, MacBook Pro dan juga Mac Mini.
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Apple, Google lesenkan gambar dan video Shutterstock untuk latih AI
Selain imej dan gambar, lesen ini juga dikatakan turut meliputi pelesenan fail-fail muzik dan juga video.
Apple buang ratusan pekerja sebab projek dibatalkan
Kebanyakannya daripada projek kereta Apple yang dibatalkan, selain disebabkan pertimbangan semula projek pembangunan paparan mikro-LED.
Apple dilapor kaji pembangunan robot bantu tugasan di rumah
Namun, ia dijangka tidak akan dicapai pada dekad ini disebabkan oleh kesukaran pembangunannya.
Pasukan jurutera Apple Vision Pro dilapor beralih ke projek iPhone boleh lipat
Apple dikatakan merancang untuk melancarkan iPhone boleh lipat pada suku pertama tahun 2027.
Apple dijangka lancar iPad Pro, iPad Air baharu pada awal Mei 2024
Kedua-dua siri tablet terbaharu berkenaan dijangka hadir dengan kemas kini pada spesifikasi, dan akan dikuasakan cip Apple M.
Apple saman bekas kakitangan tiris maklumat kepada wartawan
Aktiviti beliau mula disedari pada Julai 2023 dan beliau diarahkan bertemu dengan pihak pengurusan.