awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi mudah alih akan diwujud untuk pengguna bas Rapid KL

Bernama
Bernama
13/11/2019
21:06 MYT
Aplikasi mudah alih akan diwujud untuk pengguna bas Rapid KL
Aplikasi mudah alih perancang perjalanan akan diwujud bagi memudahkan pengguna Bas Rapid KL mengetahui waktu sebenar ketibaan pengangkutan awam itu di satu-satu lokasi. -Gambar fail
Aplikasi mudah alih perancang perjalanan akan diwujud bagi memudahkan pengguna Bas Rapid KL mengetahui waktu sebenar ketibaan pengangkutan awam itu di satu-satu lokasi.
Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen pada Rabu memaklumkan penggunaan teknologi itu akan membolehkan pengguna mengetahui maklumat pergerakan, ketibaan dan pelepasan bas seterusnya memudahkan mereka untuk merancang perjalanan masing-masing.
"Prasarana (Prasarana Malaysia Berhad) juga akan memastikan pengambilan pemandu dijalankan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah kekurangan pemandu yang mengakibatkan kekurangan perkhidmatan operasi bas," menurut kementerian itu.
Kementerian itu berkata demikian sebagai menjawab soalan P. Prabakaran (PH-Batu) yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan bagaimana kementerian ingin memastikan pengangkutan awam seperti Bas Rapid KL memberi perkhidmatan mengikut jadual ditetapkan.
Sementara itu, kementerian turut menyatakan tanggapan menyatakan wujud monopoli untuk perkhidmatan bas di Lembah Klang adalah kurang tepat kerana terdapat beberapa syarikat perkhidmatan bas lain selain Bas Rapid KL di bawah Prasarana.
"Kerajaan akan mengkaji dan melaksana model kontrak perkhidmatan bas (bus contracting model) yang lebih cekap dan menggalakkan persaingan pada masa hadapan," demikian kata kementerian itu.
Ia bagi menjawab soalan Prabakaran yang mahukan penjelasan daripada kementerian sama ada terdapat sistem monopoli yang berlaku di kawasan tertentu oleh syarikat pengangkutan bas terutamanya di kawasan bandar raya Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aplikasi mudah alih
#Kementerian Pengangkutan
#ketibaan pengangkutan awam
#pengguna Bas Rapid KL
#perancang perjalanan
#prasarana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan