awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
13 maut, 98 cedera dalam tragedi tren tergelincir di selatan Mexico
Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM gunakan pengalaman Ops Daulat bagi skala pengurusan COVID-19

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
10/04/2020
15:14 MYT
APM gunakan pengalaman Ops Daulat bagi skala pengurusan COVID-19
Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Dan Operasi APM, Abdul Wahab Rahim, dengan pengalaman tersebut ditambah pula dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka boleh melakukan proses asimilasi.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) menggunakan pengalaman menangani Ops Daulat di Lahad Datu bagi skala pengurusan pandemik COVID-19 ketika ini.
Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Dan Operasi APM, Abdul Wahab Rahim, dengan pengalaman tersebut ditambah pula dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka boleh melakukan proses asimilasi.
“Sebelum ini kita ada pengalaman, walaupun berbeza dengan cara tangani pandemik ini, namun tugasan Ops Daulat di Lahad Datu selama lebih tiga bulan memberikan kami pendedahan seumpamanya.
“Jadi kita menggunakan skala pengurusan itu dengan menyesuaikannya dengan pandemik ketika ini. Tetapi perkara baharu yang perlu dipatuhi seperti yang ditetapkan KKM seperti dari segi pakaian, dan penjarakan sosial membantu kami,” jelasnya.
Dalam pada itu, jelas Abdul Wahab, ketika ini APM menggunakan dua kaedah berbeza untuk mengagihkan bantuan kepada orang ramai.
Kedua-dua kaedah tersebut adalah berbeza bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dalam perkembangan berkaitan, APM turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat perbandingan terhadap pusat-pusat kuarantin di negara ini.
Ini kerana fasiliti di setiap pusat kuarantin adalah berbeza.
Beliau berkata demikian dalam Buletin AWANI pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#angkatan pertahanan awam
#APM
#COVID-19
#KKM
#Ops Daulat
#pusat kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan