Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

APMM rampas 100 kilogram gamat dari bot nelayan Vietnam

APMM rampas 100 kilogram gamat dari bot nelayan Vietnam
Rashidilhadi berkata, bot nelayan Vietnam yang dinaiki lima kru bersama tekong yang berusia antara 36 sehingga 58 tahun itu diberkas pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas sebanyak 100 kilogram gamat dari sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim, Rashidilhadi Abd Rashid berkata, bot nelayan Vietnam yang dinaiki lima kru bersama tekong yang berusia antara 36 sehingga 58 tahun itu diberkas pada Khamis.

Katanya, bot berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan sekitar 42 batu nautika timur laut dari Kuala Kemaman.

Menurutnya, susulan itu juga pihaknya turut merampas diesel yang dianggarkan 1,000 liter dan peralatan menangkap gamat yang dianggarkan bernilai RM800,000.
Jelasnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit kebenaran yang sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia manakala kru berserta tekong gagal mempamerkan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen.

Manakala kru dan tekong dibawa ke jeti zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut pada pagi Jumaat.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa lesen yang sah dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, operasi membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam itu akan diteruskan tanpa henti.

Rashidilhadi berkata, Maritim Malaysia juga akan menggunakan pelbagai kaedah pelaksanaan operasi bagi melindungi hasil laut dan khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing.


Tag: APMM, Vietnam, siasatan, Imigresen, nelayan, gamat, bot



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.