awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM selamatkan 'pelayar misteri' selepas hanyut 12 jam

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2018
12:08 MYT
APMM selamatkan 'pelayar misteri' selepas hanyut 12 jam
Siasatan awal mendapati mangsa telah belayar daripada Changi, Singapura pada 22 Jun menuju Pulau Tioman.- Foto Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Tanjung Sedili hari ini berjaya menyelamatkan seorang penggemar aktiviti lasak air warga Slovenia di kawasan perairan sekitar 7 batu nautika timur Sedili Kechil di sini setelah hanyut lebih 12 jam.
Lelaki berusia lingkungan 50-an ditemui oleh sebuah bot nelayan tempatan sewaktu terapung dan hanya berpaut pada sebuah pelampung pukat.
Pemangku Ketua Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Zulfadli Nayan dalam satu kenyataan berkata, mangsa telah ditemui oleh nelayan tempatan dan kemudiannya menghubungi Maritim Malaysia untuk tindakan menyelamat.
Keadaan mangsa yang mencurigakan menyebabkan nelayan bimbang untuk mengambil tindakan menyelamat serta merta.
Siasatan awal mendapati mangsa telah belayar daripada Changi, Singapura pada Jumaat, 22 Jun lalu menuju ke Pulau Tioman.
Mangsa dipercayai menggunakan kaedah yang tidak masuk akal dan berbahaya untuk belayar iaitu menggunakan dua buah wind surfer yang diikat bersama tetapi menggunakan satu layar.
Mangsa bagaimanapun telah kehilangan wind surfer terbabit akibat keletihan pada lebih kurang 10 malam tadi sebelum hanyut dan terpaksa berpaut di pelampung pukat.
Mohd Zulfadli menasihatkan penggemar sukan lasak air dan rekreasi maritim supaya membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melaksanakan apa-apa aktiviti dan mengutamakan keselamatan.
Sebarang kesilapan pertimbangan dan kecuaian ditambah dengan keadaan laut yang tidak menentu boleh mendatangkan malapetaka kepada diri sendiri dan orang lain termasuk mengundang maut.
Sehingga kini mangsa berada dalam kedaan sihat tetapi agak keletihan.
Mangsa akan diuruskan selanjutnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Mencari dan Menyelamat (SAR) Maritim Maritim Malaysia, tambahnya.
Topic Berkaitan
#air
#APMM
#bot
#keselamatan
#lelaki
#Malaysia
#mangsa
#nelayan
#Singapura
#sukan
#sukan lasak air
#sukan maritim
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan