awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi akan terus sokong rakyat Palestin

Bernama
Bernama
10/10/2023
06:52 MYT
Arab Saudi akan terus sokong rakyat Palestin
Dalam perbincangan itu, Putera Mahkota mengulangi bahawa Arab Saudi sedang berkomunikasi dengan semua pihak antarabangsa dan serantau untuk menghentikan serangan dan mencegah konflik daripada merebak di rantau ini. - Gambar fail
RIYADH (Arab Saudi): Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Isnin mengadakan perbincangan menerusi telefon mengenai situasi di Gaza.
Dalam perbincangan itu, Putera Mahkota mengulangi bahawa Arab Saudi sedang berkomunikasi dengan semua pihak antarabangsa dan serantau untuk menghentikan serangan dan mencegah konflik daripada merebak di rantau ini.
Beliau turut menekankan mengenai pentingnya untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mengelak menyasarkan orang awam.
Putera Mahkota berkata kerajaannya sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dalam usaha mereka mendapatkan hak yang sah, merealisasikan harapan, aspirasi, serta mencapai keamanan yang adil dan berkekalan, lapor agensi Akhbar Saudi pada Isnin.
[LAPOR LANGSUNG]: Perang Palestin-Israel: 687 terbunuh di Gaza, 17 di Tebing Barat
Sementara itu, Abbas merakamkan penghargaan kepada kepimpinan kerajaan (Arab Saudi) dan menghargai pendirian, serta usaha negara ini yang sentiasa menyokong rakyat Palestin untuk mendapatkan keadilan.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Mohammed bin Salman
#Mahmoud Abbas
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan