Tutup

Arahan sekolah buka kekal, kata Pengarah Pendidikan Johor

Arahan sekolah buka kekal, kata Pengarah Pendidikan Johor
Pemandangan sekitar Bandaraya Johor Bahru yang kelihatan berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 89 iaitu 'sederhana' pada pukul 4 petang ketika tijauan fotoBernama di sekitar Johor Bahru hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata keputusan bahawa semua sekolah dan tadika di negeri Johor akan dibuka dan beroperasi seperti biasa pada Selasa, kekal seperti yang diumumkan petang Isnin.

"Saya keluarkan kenyataan malam ini kerana ada beberapa pihak yang memalsukan arahan Pejabat Pendidikan Daerah sehingga menjadi tular di media sosial," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini.
Beliau berkata demikian berikutan mesej viral di media sosial kononnya daripada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Muar, Puniran Denan yang menarik balik kenyataan mengenai operasi sekolah bermula esok.

Mesej itu turut mendakwa semua sekolah di Muar masih ditutup berikutan kenaikan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu kepada lebih 200.
Sedangkan bacaan IPU setakat 9 malam tadi di semua daerah di negeri ini menunjukkan trend bacaan semakin menurun dan berada di bawah 200 berbanding bacaan semalam.

Azman berkata JPN Johor sentiasa memantau status bacaan IPU ini dari semasa ke semasa danmenasihatkan semua PPD dan sekolah untuk mematuhi semua pekeliling berkaitan bencana jerebu ini yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia.

-- BERNAMA


Tag: Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan, jerebu, media sosial, sekolah, pendidikan, Indeks Pencemaran Udara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.