awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arahan sekolah ditutup pada Isnin, Selasa oleh PM di Twitter adalah palsu - Pejabat PM

Bernama
Bernama
27/09/2015
17:30 MYT
Arahan sekolah ditutup pada Isnin, Selasa oleh PM di Twitter adalah palsu - Pejabat PM
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan di akaun Facebook, PMO Malaysia, berkata kenyataan itu adalah palsu dan tidak ada apa-apa arahan berkaitan penutupan sekolah akibat jerebu.
Pejabat Perdana Menteri pada Ahad malam menafikan kesahihan gambar yang memaparkan kononnya satu kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penutupan sekolah akibat jerebu.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan di akaun Facebook, PMO Malaysia, berkata kenyataan itu adalah palsu dan tidak ada apa-apa arahan berkaitan penutupan sekolah akibat jerebu yang dikeluarkan oleh perdana menteri baru-baru ini menerusi laman Twitter beliau.
"Semua pihak perlu menghentikan penyebaran imej ini. Ini adalah perbuatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan siasatan asal usul pertama imej ini akan dilakukan serta merta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
"Tindakan juga akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Malaysia," kata PMO.
Kenyataan palsu menerusi Twitter yang dicatatkan pada 12.03 pagi, 26 Sept itu memetik perdana menteri sebagai berkata "Saya memohon Kementerian Pendidikan menutup semua sekolah seluruh Malaysia pada hari Isnin dan Selasa berikutan jerebu".
Topic Berkaitan
#jerebu
#menafikan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#PMO
#sekolah
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan