awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arak tanpa alkohol: Jangan kelirukan umat Islam

Sinar Harian
Sinar Harian
14/07/2019
11:02 MYT
Arak tanpa alkohol: Jangan kelirukan umat Islam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan syarikat minuman keras mengeluarkan produk mengelirukan umat Islam adalah satu tindakan tidak baik - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Syarikat pengeluar minuman keras diminta tidak sesekali mengelirukan umat Islam dengan mengeluarkan produk minuman dan arak tanpa alkohol.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan syarikat minuman keras mengeluarkan produk mengelirukan umat Islam adalah satu tindakan tidak baik.
Menurutnya, penggunaan terma arak tanpa alkohol amat mengelirukan, lebih-lebih lagi proses penghasilan minuman itu termasuk penyulingan air dibuat dalam kerangka menghasilkan arak beralkohol.
"Kita tahu ia syarikat arak, maka walaupun kata tiada alkohol, tetapi boleh menyebabkan umat Islam menganggap benda (minuman) itu mereka boleh gunakan (minum)," katanya.
Katanya selepas menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat meraikan 207 jemaah haji Parlimen Parit Buntar di Masjid Daerah Parit Buntar hari ini.
Mujahid berkata demikian selepas diminta mengulas promosi penjualan arak berlabel 'zero-alcohol’ keluaran sebuah syarikat minum keras di kedai serbaneka.
Justeru, beliau menasihati umat Islam supaya tidak mengambil atau menggunakan sebarang produk diragui status halalnya.
Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memuat naik penerangan mengenai isu tersebut bertajuk 'Alkohol dan Arak' di laman Facebooknya.
Menurut Jakim, minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
Jakim memetik hukum haram itu berdasarkan sumber daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
Topic Berkaitan
#'zero-alcohol
#Alkohol dan Arak
#arak tanpa alkohol
#Datuk Dr Mujahid Yusof
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan