Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menggesa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya menerima hakikat pelucutan keahliannya sebagai ahli parti.
Ketua Armadanya, Isquzawan Israq Arsit berkata, bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga diminta menghormati keputusan dan perlembagaan Parti.
"Kami berharap Syed Saddiq dapat menerima hakikat sebenar bahawa beliau telah dilucut keahlian daripada parti.
"Justeru adalah lebih baik beliau dan penyokongnya berhenti daripada terus menggunakan nama Armada Bersatu Pusat kerana hanya akan mengelirukan ahli-ahli Armada dan Bersatu," katanya dalam kenyataan media yang diedarkan pada Isnin.
Isquzawan berkata demikian sebagai mengulas kemelut parti itu terutama keahlian lima pemimpin Bersatu termasuk Syed Saddiq yang terhenti serta-merta kerana melanggar Perlembagaan parti.
Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lima pemimpin parti berkenaan termasuk pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad bukannya dipecat, sebaliknya, keahlian mereka terhenti dengan serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.
Selain Dr Mahathir dan Syed Saddiq, keahlian Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah turut terhenti serta-merta.
Dalam masa sama, Isquzawan berkata, Armada Bersatu Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Syed Saddiq diatas segala jasa dan sumbangan beliau semasa menerajui sayap parti berkenaan.
"Armada Bersatu Sabah juga menghormati Syed Saddiq diatas kepimpinan beliau sepanjang menerajui Kementerian Belia dan Sukan yang banyak membantu gerakan belia", tegasnya.
Dalam kenyataan yang sama, Armada Bersatu Sabah turut berikrar mengulangi sokongan padu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden parti.
Ruzaini Zulkepli
Mon Jun 01 2020
Syed Saddiq diharap oleh Armada Sabah agar dapat menerima hakikat sebenar bahawa beliau telah dilucut keahlian daripada partinya sendiri. - Gambar fail
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Kes pecah amanah: Syed Saddiq sedia hadapi keputusan, mahu bersih nama
Keputusan kes pengubahan wang haram membabitkan dana Armada itu akan diketahui pada pagi Khamis.
Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.
'Saya bukan nak lawan Melayu' - Syed Saddiq
Menurut Syed Saddiq, generasi Melayu baharu akan membuktikan kepada semua bahawa kaum itu boleh berjaya tanpa mengetepikan bangsa lain.
Tiada lagi Toby, kucing kesayangan Syed Saddiq
Aksi dan kemesraan Toby dianggap selingan santai bagi pengikut media sosial beliau, selain pengisian serius tentang hal kerja dan politiknya.
Keputusan bela diri atau bebas Syed Saddiq pada 28 Okt
Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Syed Saddiq melakukan kesalahan pecah amanah kerana ia bukan elemen pertuduhan ke atasnya.
Syed Saddiq: Pendakwaan berjaya timbulkan kes prima facie
Pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi kekal kukuh bagi membuktikan kesalahan tersebut.
Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok
Pernyataan yang dirakam oleh SPRM penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13.
SPRM tak lengah pendakwaan terhadap Syed Saddiq - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melengah-lengahkan pendakwaan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq arah wang RM1 juta diagih sehari selepas SPRM geledah rumah - Saksi
Pegawai penyiasat SPRM Mohd Syahmeizy Sulong berkata wang yang dikeluarkan dari bank pada 6 Mac 2020 berada dalam kawalan Rafiq Hakim Razali.