TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH CANSELOR UNIVERSITI MALAYA
PELANCARAN BUKU: ‘ARSHAD AYUB – MENANAM POKOK TEMPAT BERTEDUH’
Salam Sejahtera
‘Arshad Ayub – Menanam Pokok Tempat Berteduh’ terbitan Universiti Malaya, mengandungi kompilasi tiga belas esei, sumbangan lima belas orang penulis, daripada kalangan lulusan ITM, serta kalangan mereka yang pernah berpeluang mengenali Arshad Ayub secara peribadi. Tercatat keseragaman persepsi – terukir keselarian apresiasi setiap penulis terhadap watak dan keperibadian seorang towering personality.
Tan Sri Datuk Seri Utama Arshad Ayub, akan mencecah usia 92 tahun pada tahun ini. Tidak ramai insan di dunia yang dikurniakan ILAHI mencapai usia melebihi 90 tahun; dan bilangan yang kekal sihat, serta cergas secara fizikal, dan cerdas secara mental, ketika berada dalam usia tersebut, adalah lebih kecil. Arshad Ayub, dengan penentuan ALLAH Subhanahu Wata’ala, terpilih berada dalam kalangan minoriti istimewa tersebut. Perjalanan hidup dan pengalaman kerja, jasa bakti dan khidmat murni yang ditaburkan dalam tempoh usia sepanjang itu, jika mahu dibentangi, seluas padang, jika mahu ditinjau, setinggi langit, terlalu banyak untuk dapat dimuatkan di dalam sebuah penerbitan, atau untuk didokumentasikan dalam satu cakera padat, atau dihuraikan dalam satu ucapan.
Arshad Ayub, telah mencipta sejarah, meninggalkan satu legasi, namanya terpahat di minda – tersemai di hati, menjadi ingatan – menjadi sebutan. Nama beliau begitu sinonim dengan ITM, sebuah institusi pengajian tinggi yang dibangunkan berlatar belakang agenda Melayu, mempunyai visi dan misi khusus untuk membangunkan modal insan Melayu. ITM hari ini telah dinaiktarafkan dan dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ketika membahaskan Rang Undang-undang Majlis Amanah Rakyat (Pindaan) pada 18 Julai 1973, ahli parlimen Batu, Yang Berhormat Dr. Tan Chee Khoon, seorang ahli parlimen bukan keturunan Melayu, juga bukan wakil daripada parti pemerintah, telah memberikan pengiktirafan terbuka terhadap pencapaian Institut Teknologi Mara (ITM) dengan kata-kata berikut: Petikan: “Mr. Speaker Sir, MARA should concentrate on training and in this connection, I wish to congratulate the M.I.T., or the Mara Institute of Technology, on the excellent work it is doing. In the words of the Deputy Prime Minister, MARA has sacred mission to carry out and it is undertaking this task with great success. The M.I.T. or I.T.M., shows what a dedicated Malay can do for the Bumiputras and this afternoon, I wish to congratulate Dr. Arshad Ayub on the excellent work he is doing for M.I.T. His sterling work for the M.I.T. and the nation has been recognized by the Ohio University which has recently conferred on him the Honorary LL.D. Malaysia can be justifiably proud of Dr. Arshad Ayub, but literally he is a prophet without honour in his own country.”
Walaupun memimpin sebuah institusi pengajian tinggi yang diwujudkan khusus untuk membangunkan modal insan Melayu, pada era kepimpinan beliau, majoriti pensyarah di ITM, terdiri daripada orang bukan Melayu kerana Arshad Ayub, tidak memiliki sifat prejudis, tidak juga berprasangka negatif terhadap orang bukan Melayu, malah berkeyakinan penuh bahawa dalam tugas penyampaian ilmu, kaum boleh mengatasi sempadan. Dalam temu bual dengan akhbar The New Straits Times pada 4 Disember 2015, beliau mengakui hakikat: Petikan: “During my tenure in ITM, 95 per cent of the lecturers were non-Malays but their commitment to the students were absolute.”
Arshad Ayub berwawasan agar graduan ITM, disediakan untuk mempunyai nilai pasaran yang berupaya menembusi sektor swasta, lalu mentafsirkan tujuan utama ITM ditubuhkan, ialah untuk menghasilkan barisan profesional yang dapat memenuhi keperluan modal insan di sektor swasta. Beliau bukan sahaja memperkenalkan pelbagai bidang pengajian profesional yang selaras dengan keperluan sektor swasta seperti perakaunan, perbankan, insurans, pengangkutan, hospitaliti, media dan pelbagai lagi, malah menekankan, bahasa penghantar pengajian ialah bahasa Inggeris walaupun, seratus peratus pelajar ITM adalah Melayu dan Bumiputera.
Dengan persefahaman dan sokongan Majlis ITM, beliau bersedia menghadapi risiko besar, apabila menetapkan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di ITM; langkah dan tindakan yang bersifat menentang arus, memandangkan pada pengakhiran tahun sembilan belas enam puluhan, tuntutan untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Kebangsaan, ia itu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam universiti awam sedang memuncak. Apabila dipersoalkan oleh sesetengah pihak jawapan Tan Sri Arshad ialah: “I am here to save the Malay race, not the Malay language.”
Arshad Ayub mungkin ketika itu berseorangan, seorang lone ranger, melaksanakan program yang bersifat menongkah arus. Anehnya, idea dan kedegilan Arshad, bukan sahaja tidak ditentang dan tidak dikritik, atau beliau tidak dikecam dan tidak dilabel pengkhianat kepada bangsanya, di sebaliknya sehingga hari ini, beliau dianggap seorang wira, seorang tokoh, seorang nasionalis pendidikan. Sifat degil beliau telah menghasilkan suatu komuniti Melayu yang menguasai kemahiran profesional, di samping menguasai kemahiran berkomunikasi yang mengupayakan anak Melayu, majoritinya berasal daripada desa dan kawasan pendalaman, menyertai pelbagai bidang kerjaya di sektor swasta bersama komuniti bukan Bumiputera.
Beliau tidak mengenali takut, tidak serik dan jauh daripada gentar untuk menyuarakan wawasannya apabila pada tahun 2015, berani melontarkan pandangan agar UiTM membuka pengambilan kepada bukan bumiputera untuk mengikut pengajian peringkat pascasiswazah. Apakah serapah hikmat yang beliau amalkan, sehingga memiliki kekebalan atau imuniti daripada tohmahan, selaran dan kritikan para pejuang dan pencinta bahasa, baik dalam kalangan individu mahupun pertubuhan Melayu? Pada hemat Beta, episod di ITM mencerminkan beberapa perkara yang wajar dilakukan imbasan:
Pertama: Orang Melayu menghargai, berhasrat, bersedia dan berupaya menguasai bahasa Inggeris.
Kedua: Orang Melayu tidak membantah bahasa Inggeris diajar kepada pelajar Melayu, asalkan kaedah pengajarannya betul lagi berkesan; kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu; tetapi orang Melayu bimbang dan membantah akan kaedah pengajaran yang dilaksanakan tanpa perancangan dan persiapan yang rapi, hingga mengakibatkan anak Melayu berakhir dengan nilai bersih negatif (negative net value), menghadapi nasib yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.
Ketiga: Dalam melaksanakan sesuatu program, perlu adanya pelan komunikasi yang efektif, bersifat terang lagi bersuluh, mencerahkan kepada kumpulan sasar dan masyarakat umum mengenai wawasan, matlamat, faedah, kaedah dan keperluan sesuatu program, untuk mengelak berlakunya sebarang polemik atau diputar untuk permainan dan sensasi politik.
Keempat: Pada setiap masa, status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan terus didaulatkan dan sama sekali tidak dikompromikan dalam majlis dan urusan rasmi di ITM dan UiTM.
Kelima: Komitmen orang bukan Melayu memenuhi tanggungjawab mengilmukan anak Melayu apabila diberikan amanah di sebuah institusi Melayu, hingga lahirnya kumpulan profesional dan menengah Melayu yang ramai; membuktikan kerjasama antara kaum telah berjaya dijalinkan melalui program dan institusi pendidikan, memberikan sinar harapan bahawa kerjasama antara kaum lebih mudah dipupuk, jika retorik politik yang berpaksikan kaum – berpaksikan agama dapat diminimumkan, dan politik yang mensensasikan kaum – mensensasikan agama dapat dihentikan.
Sewajibnya Beta menzahirkan penghargaan peribadi, sebaik menemui di halaman 85 penerbitan ini, akan inisiatif Arshad Ayub seawal tahun 1970, merintis kajian dan mengusulkan saranan agar Kerajaan Perak membangunkan Pangkor dan Lumut sebagai destinasi pelancongan, ketika perbendaharaan kata ‘pelancongan’ masih bersifat asing, dan aktiviti pelancongan masih belum dilihat sebagai aktiviti ekonomi yang berpotensi besar untuk menjanakan pendapatan dan menyediakan pekerjaan, serta belum diberikan perhatian penting dalam perancangan pembangunan ekonomi negara.
Kompilasi esei yang terkandung dalam penerbitan ini, merupakan satu jendela untuk masyarakat hari ini, lebih-lebih lagi masyarakat masa hadapan, bukan sekadar berpeluang mengenali Arshad Ayub, tetapi dapat memahami dan menghayati satu perjuangan, satu wawasan yang diterjemahkan kepada realiti melalui komitmen, dedikasi, kegigihan, keberanian dan pengorbanan seorang peneraju kejuruteraan sosial, seorang jurubina ilmu, seorang strategis, dan seorang pemikir yang telah meletakkan batu asas yang kukuh ketika diberikan amanah membangunkan sebuah institusi pengajian tinggi, yang kini telah menghasilkan lebih 700,000 graduan.
Kepada Tan Sri Datuk Seri Utama Arshad Ayub, begitu juga kepada Puan Seri Datin Seri Zaleha Mohd Arshad, sama-sama kita doakan agar mereka terus dilimpahi ILAHI segala rahmat kebahagiaan, kesejahteraan dan keafiatan. Semoga segala khidmat bakti dan jasa murni beliau bersama isteri, dikurniakan ganjaran dunia – ganjaran akhirat.
Amin Ya Rabul Alamin.
Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah
Tue Jan 14 2020
Sultan Nazrin berkata, dengan persefahaman dan sokongan Majlis ITM, Arshad bersedia menghadapi risiko besar, apabila menetapkan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di ITM.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.