awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset TH turut terdedah kepada risiko pelaburan

Bernama
Bernama
16/07/2020
14:16 MYT
Aset TH turut terdedah kepada risiko pelaburan
Pelaburan TH juga disandarkan kepada Strategi Aset Alokasi (SAA) yang berteraskan pelaburan patuh Syariah yang memberi pulangan stabil dan mampan. - Gambar fail
Lembaga Tabung Haji (TH) melabur dalam pelbagai kelas aset yang terdiri daripada aset pendapatan tetap (sukuk), ekuiti, hartanah serta instrumen pasaran yang kesemuanya terdedah kepada risiko pelaburan.
Antara risiko berkenaan ialah perubahan 'fundamental' (asas) perniagaan sesebuah syarikat serta naik turun pasaran di dalam serta luar negara.
Penjelasan itu dibuat menerusi jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Bin Abdul Hamid (PH) di Dewan Rakyat yang meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pelaburan milik TH yang kini menjadi liabiliti.
"Sebagai contoh, wabak COVID-19 memberi kesan negatif kepada kedudukan ekonomi dan pasaran seluruh dunia, temasuk Malaysia, yang akan turut mempengaruhi pelaburan TH."
Selain itu, pelaburan TH juga disandarkan kepada Strategi Aset Alokasi (SAA) yang berteraskan pelaburan patuh Syariah yang memberi pulangan stabil dan mampan.
Pecahan itu merangkumi aset pendapatan tetap sebanyak (55 peratus), ekuiti (25 peratus), hartanah (15 peratus) dan instrumen pasaran wang (5.0 peratus).
Dalam pada itu, kerajaan juga akan sentiasa memantau dan menilai prestasi pelaburan TH berikutan kedudukannya sebagai institusi kewangan Islam terbesar serta memainkan peranan yang signifikan, khususnya dalam memegang amanah pendeposit-pendeposit umat Islam.
"Justeru, segala pelaburan dan urus niaga yang dijalankan oleh TH akan sentiasa akan diteliti oleh kerajaan."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#Haji
#Islam
#Muhyiddin Yassin
#syariah
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan