awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asingkan diri walaupun ketika kuarantin di rumah

Hakim Rahman
Hakim Rahman
13/06/2020
07:17 MYT
Asingkan diri walaupun ketika kuarantin di rumah
Mereka yang diarah menjalani kuarantin di kediaman perlu mengasingkan diri walau ketika di rumah.
Individu yang dikenakan perintah kuarantin di rumah perlu mengasingkan diri daripada ahli keluarga mereka sehingga ujian swab kedua mengesahkan mereka negatif COVID-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengelak mereka yang dikuarantin menjangkiti ahli keluarga lain.
"Mereka yang diarah menjalani kuarantin wajib di rumah sepatutnya berada dalam bilik di rumah dan tidak boleh berlegar-legar dalam rumah.
"Makanan juga perlu diletakkan di luar pintu, ketuk bilik mereka, ambil makanan dan selepas itu keluarkan makanan tersebut.
"Jadi itu sebenarnya maksud kuarantin di rumah bukan duduk di ruang tamu dengan ahli keluarga yang lain sebab walaupun disahkan negatif tetapi pada hari ke-13 kuarantin, mereka akan diperiksa sekali lagi dan apabila negatif kali kedua barulah mereka akan dianggap bebas sepenuhnya daripada COVID-19," katanya dalam sidang media harian pada Sabtu.
Tambah Ismail, mana-mana individu yang mengingkari proses kuarantin wajib dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atau dihadapkan ke mahkamah.
Sehingga Jumaat, seramai 748 rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara diperintahkan menjalani wajib di kediaman mereka.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#keluarga
#keselamatan
#kuarantin
#menteri
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan