Tutup

ASNB gesa pemegang unit kemas kini maklumat peribadi

ASNB gesa pemegang unit kemas kini maklumat peribadi
ASNB berkata langkah itu selaras dengan keperluan pengawalseliaan industri untuk memastikan butiran peribadi sentiasa dikemas kini untuk melindungi data peribadi dan maklumat urus niaga. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) diminta mengemas kini butiran peribadi masing-masing di mana-mana cawangana tau ejen, jika belum melakukannya sebelum inui.

Dalam kenyataan hari ini, ASNB, cabang pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Bhd (PNB), berkata ia melaksanakan syarat mandatori ke atas pemegang unit untuk mengemas kini butiran masing-masing mulai 11 Nov, 2019.
Beliau berkata pemegang unit perlu mengemas kini butiran peribadi mereka, termasuk nombor telefon, alamat, pekerjaan dan pendapatan bulanan, yang hanya boleh dilakukan di cawangan atau ejen ASNB bagi mengelakkan kemungkinan penipuan, terutama berkaitan penipuan identiti.

Mereka yang mempunyai akaun portal myASNB juga akan diminta untuk mengemas kini butiran peribadi mereka semasa log masuk ke portal.
ASNB berkata langkah itu selaras dengan keperluan pengawalseliaan industri untuk memastikan butiran peribadi sentiasa dikemas kini untuk melindungi data peribadi dan maklumat urus niaga.

Keperluan ini juga bertujuan memastikan ASNB mempunyai pangkalan data pemegang unit yang lengkap dan terkini - yang merupakan sebahagian daripada usaha ASNB untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang relevan kepada pemegang unit.

"Pemegang unit yang telah memperbaharu butiran peribadi mereka juga boleh menggunakan kemudahan dalam talian percuma yang kami tawarkan melalui portal myASNB (www.myasnb.com.my)," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin .

Beliau berkata portal itu membolehkan pemegang unit membuat pelaburan tambahan, menyediakan pelaburan bulanan secara automatik melalui Auto Labur dan melihat transaksi terbaru serta baki akaun.

Di samping itu, beliau berkata menerusi pangkalan data yang dikemas kini, ASNB akan dapat mengesan transaksi mencurigakan dan melindungi akaun.

Mohammad berkata pelaksanaan program kemas kini perincian peribadi boleh mengakibatkan masa transaksi yang lebih lama di cawangan atau ejen ASNB.

"Ini kerana pegawai kami perlu mengemas kini dan mengesahkan data peribadi pemegang unit secara tepat masa untuk diluluskan oleh para pemegang unit sendiri bagi memastikan tidak ada aktiviti penipuan oleh pihak ketiga.

"Kami mendokong serius kewajipan kami sebagai penjaga pelaburan anda dan proses ini akan memastikan tahap perlindungan tertinggi ke atas data pemegang unit," katanya.

-- BERNAMA


Tag: pemegang unit, amanah saham nasional berhad, asnb, butiran peribadi, pnb



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.