Astro Awani dan UTM Big Data Centre memeterai kerjasama strategik untuk membuka lebih banyak potensi dalam pemerolehan data dan maklumat dalam laporan berita di Astro Awani.

Menurut Ketua Digital Astro Awani, Hafidah Samat, kerjasama ini adalah komitmen berterusan Astro Awani untuk melaporkan berita dengan informasi yang menyeluruh.

Ini juga sebahagian strategi Astro Awani untuk kekal sebagai jenama berita yang paling dipercayai.

“Inisiatif ini juga akan mewujudkan sinergi perkongsian kepakaran universiti tempatan dan juga media yang berterusan di masa akan datang," katanya selepas sesi menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Astro Awani dan UTM.

Bagi Timbalan Pengarah UTM Big Data Centre (UTMBDC),Dr. Shafatunnur Hassan, peluang kolobrasi ini memberi peluang kepada pakar untuk mengaplikasikan kepakaran kecerdasan pembuatan (AI) dan juga ‘machine learning’ dalam proses laporan berita.

Tambahnya lagi, ini akan memenuhi permintaan masyarakat yang kini lebih matang menilai maklumat berdasarkan fakta.

MOU ini adalah kesinambungan usaha yang dilakukan UTM sejak setahun lalu untuk membantu Astro Awani dalam laporan berita berteraskan data.

Menurut Timbalan Dekan Fakutli Kejuruteraan UTM, Prof Dr Naomie Salim pula, kerjasama seperti ini akan memudahkan proses pemindaan teknologi dan kepakaran yang dimiliki pihak universiti untuk dikongsi bersama industri.