Astro AWANI kini di Spotify!

Astro AWANI kini di Spotify!
Saluran Astro AWANI di Spotify juga membawakan semua episod yang sudah dimuat naik di iTunes sebelum ini termasuk program KOMPAK dan V!VA dalam bentuk audio.
KUALA LUMPUR: PODCAST Astro AWANI kini sudah mula berada di platform Spotify mulai hari ini.

Saluran Astro AWANI di Spotify turut menyajikan semua episod yang sudah dimuat naik di iTunes sebelum ini termasuk program KOMPAK dan V!VA dalam bentuk audio.

Turut disiarkan melalui saluran Astro AWANI Spotify ialah program khusus podcast, 'AWANI Soundbyte' yang merupakan analisis berita-berita utama.
Siaran podcast Astro AWANI sudah boleh diikuti menerusi platform Spotify

Ketika ini, Spotify adalah antara platform penstriman muzik paling popular dunia dengan 157 juta pengguna aktif.

Sehingga hari ini, Spotify memuatkan 35 juta lagu dan dua bilion 'playlist'.

Pada 2017, data telah menunjukkan pengguna Spotify di Malaysia menghabiskan selama 148 minit sehari di platform itu.

Klik link ini untuk terus ke saluran Spotify Astro AWANI.