Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) dipilih sebagai majikan pilihan dalam kalangan mahasiswa sempena Anugerah Pilihan Graduan (GCA) 2019 pada Jumaat.

Astro menerima anugerah Majikan Paling Menarik Pilihan Graduan dalam sektor Media, Kewartawanan dan Penyiaran.

Pegawai bahagian Pengurusan Bakat Astro, Loh Khang Yee menerima anugerah tersebut daripada Pengasas TALENTBANK dan Pengerusi Anugerah Pilihan Graduan 2019, Ben Ho, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin serta Penasihat Kerjaya Universiti Multimedia Cyberjaya, Baktiar Hasnan.

Pemenang anugerah lain termasuk Top Glove yang memenangi anugerah Majikan Graduan Terbaik 2019 di bawah kategori pembuatan manakala Microsoft memenangi kategori teknologi dan Lazada pula mendapat anugerah dalam kategori e-dagang.


Pemenang Anugerah Pilihan Graduan (GCA) 2019.

Pemenang lain termasuk AIA Shared Services dalam kategori perkhidmatan bersama dan Uniqlo dalam kategori fesyen.

Anugerah Pilihan Graduan 2019 yang diadakan di Sunway Hotel Resorts & Spa bertujuan meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan dalam kalangan organisasi yang berusaha merapatkan jurang antara industri dan akademik.