Lebih awal ibu bapa menyedari dan menerima hakikat bahawa anak mereka menghadapi masalah autisme, maka peluang bagi anak mereka untuk menjalani kehidupan yang baik adalah lebih cerah.
Menurut Pengarah Early Autism Project Malaysia Sdn Bhd (Eap) Jochebed Isaacs, ibu bapa disarankan mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar seawal usia anak 18 bulan bagi mengesan sama ada anak-anak mereka menghidap autisme atau sebaliknya.
Mengikut kajian, katanya satu daripada 68 kanak-kanak berpotensi didiagnosis menghidap autisme.
“Apa yang penting untuk kita tahu tentang autisme adalah 1 daripada 68 kanak-kanak akan didiagnosis dengan autisme. Maknya, bila-bila masa kita kesan tanda-tanda adalah penting untuk kita berjumpa dengan (pakar) profesional secepat mungkin.
“Diagnosis autisme boleh dilakukan seawal 18 bulan. Jadi apa yang kita harapkan kepada orang awam (khususnya) ibu bapa adakah untuk memantau mild autisme dan perkembangannya. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, adalah penting untuk kita kesan dua perkara ini,” katanya kepada Astro AWANI pada program ‘Embrace Autism‘ yang berlangsung sempena Sambutan Hari Autisme Sedunia di Intermark Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Turut hadir Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan Ketua Pemasaran Dome Café Malaysia, Noraza Yusof.
Program tersebut merupakan kerjasama Dome Café bersama Intermark Mall dan EAP Malaysia, berlandas misi yang sama iaitu untuk meingkatkan penerimaan, kesedaraan dan sokongan masyarakat terhadap kanak-kanak serta orang dewasa mengenai sindrom autisme.
Sementara itu, Presiden Persatuan Terapi Cara Kerja, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim berkata aspek rawatan terhadap anak-anak autisme penting untuk membantu mereka berdikari.
Jelasnya, rawatan boleh dibuat dengan berjumpa pakar Terapi Cara Kerja.
“Sebab Terapi Cara Kerja akan membantu anak-anak membentuk kemampuan untuk berdikari. Bila Terapi Cara Kerja membentuk ia akan merujuk kepada tiga domain kehidupan iaitu dari segi kemampuan untuk berdikari dalam menjaga diri seperti makan, minum, (pergi) tandas, pakai baju dan sebagainya.
“Kedua adalah membentuk potensi skil untuk anak-anak autisme ini belajar dengan cara yang betul dan yang ketiga adalah membentuk dari segi penglibatan sosial mereka dengan boleh bergaul dan melakukan aktiviti sosial,” katanya.
BACA: Kanak-kanak autistik lebih istimewa daripada kita - Tunku Kamariah Aminah
Hasimi Muhamad
Sat Apr 06 2019
Mengikut kajian, Jochebed Isaacs (hujung kiri) berkata, satu daripada 68 kanak-kanak berpotensi didiagnosis menghidap autisme.- Gambar Hasimi Muhamad
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
Jangan malu daftar sebagai OKU - Ras Adiba
Daripada sejumlah 4.7 juta OKU di dalam negara, hanya kira-kira 560,000 sahaja yang berdaftar.
Jangkitan semasa hamil antara punca autisme
Autisme adalah gangguan kompleks tumbesaran sistem saraf yang menjejaskan mental, emosi, kemampuan pembelajaran dan ingatan dalam diri seseorang inidividu.
Fasa peralihan mendewasakan anak autisme, cabaran generasi baharu
Membantu menyesuaikan kehidupan kini yang lebih rumit serta jurang yang wujud dalam perkhidmatan intervensi bagi fasa remaja dan dewasa adalah antara cabaran utama ibu bapa membesarkan anak autisme.
Demi anak-anak Autisme, SOP baharu akan diperkenal
Hannah Yeoh memaklumkan, SOP itu kelak bertujuan untuk memastikan nasib anak-anak autisme ini terbela.
Kanak-kanak autistik hasilkan replika Titanic guna 56,000 Lego
Replika kapal persiaran mewah, Titanic sepanjang lapan meter telah berjaya dihasilkan oleh seorang kanak-kanak autistik menggunakan 56,000 kepingan Lego.
Kaji semula insurans untuk anak-anak Sindrom Down
Katanya, tiada syarikat atau agensi insurans yang sanggup menyediakan insurans khusus kepada anak-anak sindrom Down.
Kagum! Pelajar autistik lukis gambar 'nenek moyang' watak adi wira
Lukisan Muhammad Amsyar Anas itu dihasilkan dalam bentuk thumbnail dan dilukis pada buku kosong yang memaparkan karakter adi wira kegemarannya dari tahun 1966 sehingga kini.
Ibu tunggal bimbang masa depan anak Autisme
Melihat anak lelakinya lain daripada kanak-kanak biasa, Mazlina Ismail mula sedar ada sesuatu yang tidak kena.