Tutup

'Awak akan jadi ahli politik' - Ramalan guru besar Mat Sabu jadi kenyataan

'Awak akan jadi ahli politik' - Ramalan guru besar Mat Sabu jadi kenyataan
Mohamad Sabu menunjukkan gambarnya pada zaman persekolahan pada Majlis Minum Petang (Hi-Tea) 'Sireh Pulang Ke Gagang' Anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam hari ini. - Foto BERNAMA
BUKIT MERTAJAM: "Awak akan menjadi seorang ahli politik" ," kata-kata dari Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam ketika itu masih terngiang-ngiang di telinga Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sehingga kini.

Mengimbau kembali detik manis ketika di zaman persekolahan, Mohamad berkata beliau tidak menyangka firasat guru besarnya itu amat tepat sekali dengan apa yang dilaluinya kini,
"Saya bersekolah di sini dari tingkatan satu hingga hingga tingkatan lima, saya meninggalkan sekolah ini pada 1971... dan semasa sekolah, saya suka masuk pertandingan debat.

"Pada suatu hari, guru besar meminta semua murid berucap di pentas sekolah dengan isunya adalah bebas, Saya memilih untuk berucap mengenai "ping pong diplomasi" dengan China. Pada masa itu (1971), China dan Amerika Syarikat belum ada hubungan diplomatik, jadi dipanggil ping pong diplomasi. Itu ulasan saya yang pertama berkaitan international politik, masa itu guru besar cakap ,saya akan jadi orang politik, itu yang paling saya ingati, guru besar itu sudah pun meninggal dunia,"
Beliau berkata demikian ketika berkongsi cerita bersama pemberita selepas menghadiri majlis hi-tea "Sirih Pulang Ke Gagang" di Sekolah Menengah kebangsaan Bukit Mertajam di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Mohamad berkata ketika rakan-rakain lain memberikan ucapan dengan tajuk berlainan beliau memilih untuk mengupas isu politik.

"Rakan-rakan saya yang lain pilih tajuk mengenai mimpi yang ngeri, lawatan ke Kuala Lumpur namun politik menjadi tajuk pilihan saya untuk berucap," katanya.

Pada majlis itu, Mohamad turut memberikan sumbangan RM15,000 bagi tujuan pembangunan sekolah tersebut. Majlis itu turut menghimpunkan lebih 100 kenalan semasa zaman persekolahan beliau.

Turut hadir Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong.

-- BERNAMA


Tag: Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam, SMK Bukit Mertajam, guru besar, Mat Sabu, Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan, zaman persekolahan, ahli politik, ramalan guru besar, ping pong diplomasi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.