awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awie 'dipaksa' TPM Ahmad Zahid menyanyi di majlis rai ahli kelab motosikal

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/10/2015
13:19 MYT
Awie 'dipaksa' TPM Ahmad Zahid menyanyi di majlis rai ahli kelab motosikal
Awie (gambar) diminta Ahmad Zahid agar naik ke pentas menyampaikan lagu pada acara beramah mesra bersama penunggang motosikal berkuasa tinggi. -Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kejutan dengan 'memaksa' penyanyi Kumpulan Wings, Awie, naik ke pentas menyanyi pada satu acara di Tasik Darulaman di sini, hari ini.
Ahmad Zahid secara berseloroh membuat satu permintaan khas dengan meminta penyanyi rock terkemuka tanah air itu untuk naik ke pentas bagi menyampaikan lagu tanpa sebarang bayaran.
Ajakan spontan itu dibuat beliau dalam satu majlis beramah mesra bersama penunggang motosikal berkuasa tinggi sempena Festival Pertubuhan Kebangsaan 2015.
Awie adalah antara 3,000 ahli kelab motosikal berkuasa tinggi yang hadir di festival itu.
Dia bersama pemain dram kumpulan Wings, Black, naik ke pentas bagi memenuhi permintaan Ahmad Zahid dan menyampaikan lagu popularnya "Terima Kasih."
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#Awie
#kelab motosikal berkuasa tinggi
#Tasik Darulaman
#Wings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan