Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila bot yang dinaiki mereka bersama tiga anggota keluarga yang lain dipukul angin kuat ketika sedang bersiar-siar di Sungai Telok Mengkuang dekat sini dalam
kejadian kira-kira pukul 6.40 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata mangsa pertama Hisham Hizir, 42, ditemui terapung berhampiran lokasi kejadian kira-kira setengah jam selepas insiden, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jeti Jalan Bandar Lama di sini.
Beliau berkata mayat anak lelaki mangsa berumur tiga tahun, Muhammad Shammirul pula ditemui kira-kira pukul 2.45 petang.
"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Banting di sini untuk dibedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Mengulas mengenai kejadian itu, beliau berkata kedua-dua mangsa bersama tiga lagi anggota keluarga sedang menaiki bot berkenaan apabila secara tiba-tiba ia menyenget akibat dipukul angin kuat.
Hisham, katanya, cuba menyelamatkan anak bongsunya itu namun kedua-duanya terjatuh ke dalam sungai.
Nordin berkata ekoran kejadian itu satu operasi dijalankan namun dihentikan pada pukul 10.30 malam Ahad dan disambung semula kira-kira pukul 8 pagi Isnin sebelum menjumpai mayat Muhammad Shammirul.
Sementara itu, isteri mangsa Rohaya Mohd Yusuf, 37, berkata ketika kejadian kesemua mereka berada di dalam bot untuk bersiar-siar dan ia merupakan kebiasaan bagi keluarga berkenaan setiap kali mempunyai masa lapang.
"Kejadian berlaku terlalu cepat, suami terjun bagi menyelamatkan anak bongsu kami yang terjatuh ke dalam air ketika bot tiba-tiba beralun dan senget tetapi keadaan air yang deras menyebabkan mereka hilang dari pandangan dengan terlalu pantas.
"Saya menenangkan diri sebelum menghubungi talian kecemasan 999. Saya kemudian berpatah balik bagi mencari suami dan anak sementara menunggu bantuan tiba dan menemui badan suami yang sudah terapung namun anak bongsu saya gagal ditemui," katanya.
Bernama
Mon Oct 07 2013
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
Enam sekeluarga terselamat daripada ular tedung
Enam ahli keluarganya terselamat daripada diancam serangan ular tedung cincin dalam kejadian di Kampung Sungai Damit, Membakut, petang semalam.
Hanya 8 minit untuk polis ke lokasi kecemasan - Zulkifli
Waktu respon polis ke lokasi panggilan kecemasan sekitar ibu kota kini secara purata adalah lapan minit berbanding 15 minit sebelum ini.
Ayah temui ajal cuba selamatkan anak bongsu yang turut maut
Ayah terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan anak bongsu yang terjatuh ke dalam air ketika bot tiba-tiba beralun namun kedua-duanya menemui ajal.
Kerajaan pusat akan bina 9,999 rumah di Pulau Pinang
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan Pusat akan membina 9,999 rumah kos sederhana rendah dan mampu milik.