awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN masih kumpul maklumat berhubung dakwaan kultus Korea Selatan
[TERKINI] Rawatan Tun M: 'Pembedahan bukan opsyen terbaik buat masa ini' - Mukhriz
Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azalina wanita pertama dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/07/2020
07:34 MYT
Azalina wanita pertama dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
Azalina Othman Said menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. - Gambar fail
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Ia selepas hanya satu nama sahaja dicalonkan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut yang dikosongkan Nga Kor Ming hanya kurang 30 minit sebelum usul pelantikan itu dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara tersebut dimahsyurkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan Harun.
Pelantikan Azalina juga hampir sama seperti pelantikan Azhar di mana tiada keperluan untuk proses undi belah bahagian dijalankan kerana tiada pencalonan nama lain.
Perkara 4(3) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan supaya jika hanya seorang ahli atau seorang lain sahaja yang dicadangkan dan disokong untuk menjadi Tuan Yang Dipertua, maka Setiausaha hendaklah memasyhurkan ahli atau seorang lain itu telah kena pilih, dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat.
Sebaliknya, jika lebih daripada seorang ahli atau seorang lain cadangkan dan disokong jadi Tuan Yang Dipertua, maka Majlis hendaklah menjalankan pilihan dengan undi bersurat.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Dewan Rakyat
#Timbalan Yang DiPertua
#wanita pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan