awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azeez arah pengurusan Tabung Haji jawab isu pembelian tanah 1MDB

Haider Yutim
Haider Yutim
07/05/2015
03:43 MYT
Azeez arah pengurusan Tabung Haji jawab isu pembelian tanah 1MDB
Semalam, Azeez menerusi akaun Twitternya telah pun menafikan dakwaan tersebut.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH), Datuk Seri Azeez Rahim berkata beliau telah mengarahkan pihak pengurusan Tabung Haji untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pembelian tanah milik 1MDB seperti yang tersebar di media sosial sejak semalam.
Ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi, katanya beliau menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menjawab dakwaan berkenaan.
"Saya dah suruh pihak pengurusan Tabung Haji mengeluarkan kenyataan sebentar lagi. Mereka akan jawab nanti... biar mereka selesaikan dahulu," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.
Semalam, Azeez menerusi akaun Twitternya telah pun menafikan dakwaan tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan mereka secepat mungkin.
Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin. TQ https://t.co/RqOtLr5vit
— Azeez Rahim (@azeezputera) May 6, 2015
Posting itu kemudiannya dibalas oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memuji tindakan pantas itu.
Bagus @azeezputera Chairman Tabung Haji pantas menafikan pembelian hartanah @1MDB oleh TH.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 6, 2015
Ia kemudiannya dibalas sekali lagi oleh Azeez.
@Khairykj @1MDB kena cepat.. Lambat nanti kena spin lagi bro.
— Azeez Rahim (@azeezputera) May 6, 2015
Katanya jika dakwaan itu lambat dijawab, ianya akan membuka ruang untuk pihak tertentu memutarbelitkan dakwaan itu.
Difahamkan pihak pengurusan Tabung Haji ketika ini sedang bermesyuarat.
Baru-baru ini, laman blog The Benchmark serta beberapa blog lain telah memuat naik beberapa dokumen yang memaparkan Tabung Haji telah membeli dua plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM772 juta, menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya wang kerajaan.
Blog itu juga mendakwa ‘orang dalam’ Tabung Haji mengesahkan bahawa satu perjanjian 'fast track' telah dibuat di mana ia mendapat kelulusan menteri dalam masa kurang dua minggu dan wang pembelian perlu dibayar kepada 1MDB secara penuh.
Dokumen itu juga ia menyatakan bahawa Tabung Haji telah membayar lebih kurang RM2,860 sekaki persegi (RM194 juta) untuk plot tanah pertama, dan untuk plot tanah kedua, Tabung Haji dikatakan bersetuju membayar RM3,900 sekaki persegi (RM578 juta) secara tunai.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Azeez Rahim
#Tabung Haji
#tanah
#TRX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan