Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Azhar Harun letak jawatan Pengerusi SPR 29 Jun lalu

Azhar Harun letak jawatan Pengerusi SPR 29 Jun lalu
Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai 2018. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun telah meletak jawatan berkuasa-kuasa pada 29 Jun lalu.

Menurut SPR, peletakan jawatan tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun.
“Selaras dengan Perkara 114 (7) Perlembagaan Persekutuan, Prof Dr Azmin Sharom, selaku timbalan Pengerusi SPR akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi SPR sehingga pelantikan pengerusi SPR yang baharu,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, SPR menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Azhar di atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan tersebut.
Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai 2018.

Beberapa media melaporkan Azhar telah ditawarkan untuk memegang jawatan Yang DiPertua Dewan Rakyat.



Tag: Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong, Media, Azmin Ali, SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR letak jawatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.