awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azis tidak setuju polis guna Akta Hasutan terhadap Azman

Bernama
Bernama
05/10/2018
21:21 MYT
Azis tidak setuju polis guna Akta Hasutan terhadap Azman
Walaupun beliau tidak bersetuju, Mohd Aziz mengakui tindakan polis menggunakan Akta Hasutan adalah sah kerana ia masih wujud dan belum dimansuhkan. - Gambar fail
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis menahan Azman Noor Adam di bawah Akta Hasutan atas dakwaan menghina Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, beliau sendiri agak terkejut kerana polis menggunakan akta berkenaan sedangkan masih terdapat akta-akta lain yang boleh digunakan untuk menyiasat dan mendakwa Azman, adik kepada Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.
"Saya tidak pernah kata saya setuju polis menggunakan Akta Hasutan untuk adik Lokman Noor Adam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kerjaya dan Usahawan Sabah 2018, di sini, pada Jumaat.
Beliau mengulas kritikan banyak pihak terhadap pihak berkuasa yang menggunakan akta itu sedangkan kerajaan Pakatan Harapan dalam kempen pilihan raya umum lalu turut menentang penggunaan akta itu dan berhasrat memansuhkannya.
Bagaimanapun, Mohd Aziz berkata tindakan polis menggunakan akta berkenaan adalah sah kerana akta itu masih wujud dan belum dimansuhkan.
Azman direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana tindakannya berkongsi satu pautan gambar menghina Dr Mahathir menerusi akaun Facebook miliknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta
#akta hasutan
#Azman Noor Adam
#hina
#kempen pilihan raya
#kerajaan
#kritikan
#Mahathir Mohamad
#Mohd Azis Jamman
#Pakatan Harapan
#polis
#PRU14
#reman
#Timbalan Menteri Dalam Negeri
#UMNO
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan