awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin Ali menghadap Tengku Mahkota Kelantan mohon pedoman

Astro Awani
Astro Awani
06/03/2019
13:14 MYT
Azmin Ali menghadap Tengku Mahkota Kelantan mohon pedoman
Mohamed Azmin memaklumkan, pertemuan itu adalah bagi meminta nasihat serta pedoman Tengku Dr. Muhammad Faiz tentang pembangunan Negeri Kelantan. - Foto Twitter/@AzminAli
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra di Istana Kota Lama di sini hari ini.
Mohamed Azmin memaklumkan, pertemuan itu adalah bagi meminta nasihat serta pedoman Tengku Dr. Muhammad Faiz tentang pembangunan Negeri Kelantan.
''Patik menjunjung kasih atas titah nasihat serta pedoman Tuanku tentang pembangunan Negeri Kelantan. Titah nasihat Tuanku akan patik junjung dan diterjemahkan demi memaslahatan rakyat negeri Kelantan,'' katanya dalam status di Twitternya, pada Rabu.
Mohamed Azmin mengadakan lawatan dua hari ke Kelantan bermula Rabu.
Dalam pertemuan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, memberi jaminan negeri itu tidak akan dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Ujarnya, beberapa agenda akan dirangka bagi membolehkan Kelantan menarik pelabur dalam tempoh terdekat dan akhirnya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Pada Khamis Azmin selaku Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan akan mempengerusi dan membentangkan beberapa kertas cadangan dan pelaksanaan program pembangunan ekonomi negeri itu.
Menjunjung kasih di atas kesudian Yang Teramat Mulia Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Tengku Mahkota Kelantan menerima sembah menghadap patik di Istana Kota Lama, Kota Bharu. #MEA pic.twitter.com/XcEvCAzNeD
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) March 6, 2019
Patik menjunjung kasih atas titah nasihat serta pedoman Tuanku tentang pembangunan Negeri Kelantan. Titah nasihat Tuanku akan patik junjung dan diterjemahkan demi kemaslahatan rakyat Negeri Kelantan. #MEA pic.twitter.com/FM9CCzUPXI
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) March 6, 2019
Topic Berkaitan
#Istana Kota Lama
#lawatan dua hari ke Kelantan
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#minta nasihat dan pedoman
#Mohamed Azmin Ali
#pembangunan Negeri Kelantan
#Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra
#Tengku Mahkota Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan