MALAYSIA
Azmin Ali rai ulang tahun cucu di sebalik spekulasi pengumuman penting

Azmin Ali bersama cucunya, Farah Inayah Rose. - Gambar Twitter MOHAMED AZMIN ALI
Ketika pelbagai spekulasi kedengaran mengenai kedudukan politik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tuan punya badan pula memaklumkan beliau sedang menikmati makan tengah hari bersama keluarga.
Dalam satu hantaran di akaun Twitter peribadinya sekitar sejam lalu, Timbalan Presiden PKR itu berkongsi foto beliau meraikan ulang tahun kedua cucunya, Farah Inayah Rose.
"Luang masa untuk makan tengahari bersama keluarga sempena meraikan ulangtahun kedua cucunda Farah Inayah Rose.
"Semoga cucu Atok terus membesar dengan sihat, ceria & bahagia," kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.
Astro AWANI difahamkan, pengumuman berkenaan akan diadakan dalam sidang media sekitar pukul 3 petang ini di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami