Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bekerja dari rumah dan tidak akan ke pejabat untuk tugas-tugas rasmi buat sementara waktu.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Selangor, Yin Shao Loong, keputusan untuk bekerja dari rumah itu adalah atas nasihat doktor yang menyarankan Azmin berehat daripada bertugas kerana kecederaan pada tulang belakang beliau.

"Dia begitu teruja dengan ketibaan cucu pertamanya pada awal minggu ini, lalu beliau membersihkan rumahnya sendiri, termasuk mengangkat perabot yang sangat berat. Oleh itu kecederaan tulang belakang beliau disebabkan mengangkat perabot berat," kata Yin kepada Astro AWANI.

"Kami tidak tahu bila Azmin akan sedia untuk kembali bekerja," kata Yin lagi.